25/Apr/2014 - Perjalanan bermula
Alhamdulillah, masa yang aku tunggu-tunggu dah tiba! Malam ini aku dan 2 orang lagi rakan akan bertolak daripada KLIA - Schipol (via Dubai) menggunakan penerbangan Emirates.KUL - DXB (Dubai) 110am - 420 am (820 am waktu Malaysia). Seperti biasa, aku sukakan tempat duduk yang lebih ke hadapan,Alhamdulilla kali ni sebab booking awal (bulan 10 lagi dah beli) maka aku dapatlah.Sepanjang perjalanan, tak boleh melelapkan mata, maka layan filem-filem dalam ICE je.
![]() |
Our flight route |
Bila pandang skrin TV berdekatan, baru kami perasaan, penerbangan kami ada sedikit kelewatan. Kupon-kupon makan pun diedarkan.Apa lagi, kami naik ke tingkat dua ada restoran yang menyediakan buffet.Akhirnya penerbangan kami bertolak lebih kurang pukul 11 pagi (3 petang waktu Malaysia) dan dijangka sampai pukul 5 petang waktu Asterdam (12 malam waktu Malaysia).
25/Apr : Amsterdam - kami dah sampai!
Lepas selesai semua, cabaran seterusnya adalah mencari jalan ke hotel.Tapi sebelum tu mari bergambar depan airport dulu!Airport Schipol ini menarik sebab kalau tengok daripada luar Nampak macam shopping mall jer. Kami tanya pada kaunter pertanyaan yang berdekatan macam mana nak ke hotel West Side in, Amsterdam. Memang belasah ajer ni.
Hotel kami ini diluar Bandar Amsterdam, kerana banyak hotel di Amsterdam dah penuh dan mahal, sebabnya, baru kami tahu, esoknya adalah "King's Birthday" - public holiday! Hotelnya OK, selesa untuk bermalam 2 hari.Kedai-kedai halal, contohnya ada kedai roti dan pizza yg halal berdekatan, kerana di sini ada foreigner muslim. Rancangan asalnya kami nak jalan-jalan, bergambar sakan di Bandar Amsterdam lepas check-in dan refresh ourselves, sebab "bateri" kami pun dah tinggal satu bar je dan "jet-legged" akhirnya Berjaya mengalahkan kami, jadi malam ni baik tidur je la...zzzzZZZZzzzz.
[Hotel di Amsterdam - West Side In]
26/Apr : Jom cari Tulip & Kincir angin!
![]() |
Route jalan-jalan kami 26/4 |
Setelah puas berehat semalam, kami plan bertolak awal pagi ke destinasi yang sangat dinanti-nantikan, Keukenhof Garden - tengok tulip! Taman yang dipenuhi dengan tulip ini hanya dibuka lebih kurang 2 bulan sahaja setiap tahun dan pihak pengurusan akan mengumumkan bila taman akan dibuka serta tiket-tiket boleh dibeli secara online.Oleh kerana hari ini juga adalah cuti umum - "King's Birthday" maka lagi lah kena pergi awal-awal kan? Kawan aku dah beli tiket bas dari Schipol Airport - Keukenhof.Sesampai di perhentian bas, kami orang pertama :D. Semangat sungguh lah kan.
[ Keukenhof ]
Sesampai jer di sana, dah ada yang sampai sampai tapi ler ramai lagi.Oh ya, semasa "King's Birthday" kebanyakan rakyat tempatan berbaju Oren. Sebenarnya daripada masa kitorang sampai lagi dah Nampak kemeriahan, cuma dek keletihan semalamnya, jadi tak sempatlah kami meronda Bandar Amsterdam.
Destinasi seterusnya, kami nak ke Zaanse Schans, sebuah kawasan/pekan yang mempunyai windmill, muzium dan sebagainya, satu lagi tempat yang menarik untuk dilawati dan semestinya bergambar!
[Zaanse Schans]
Setelah puas bergambar di sini, kami pulang semula ke Schipol Airport.Mulanya ingat nak ke Bandar Amsterdam, untuk mencari papan tanda "I am Amsterdam" walaupun kaki dah lenguh, badan dah penat, ditambah factor "jet legged".Tapi nasib kami baik, rupanya papan tanda tersebut ada juga di depan Schipol Airport, yeay, kami ceria kembali, sebelum bergegas pulang ke hotel, solat Jamak Asar Zohor.Sempat kerana waktu siang sangat panjang,dan suasana masih cerah walaupun jam 8 malam.Maka tamatlah seharian kami di Netherlands,singkat, penat tapi syok! Esok kami akan berangkat ke Belgium pulak.