Ahad, 8 Mac 2015

Eropah - aku datang bhg 1 (Negara : NETHERLANDS)

25/Apr/2014 - Perjalanan bermula

  Alhamdulillah, masa yang aku tunggu-tunggu dah tiba! Malam ini aku dan 2 orang lagi rakan akan bertolak daripada KLIA - Schipol (via Dubai) menggunakan penerbangan Emirates.
  KUL - DXB (Dubai)  110am - 420 am (820 am waktu Malaysia). Seperti biasa, aku sukakan tempat duduk yang lebih ke hadapan,Alhamdulilla kali ni sebab booking awal (bulan 10 lagi dah beli) maka aku dapatlah.Sepanjang perjalanan, tak boleh melelapkan mata, maka layan filem-filem dalam ICE je.

Our flight route
   Penerbangan kami sampai seperti dijadualkan di Dubai International Airport Terminal 1.Oleh kerana baru masuk waktu Subuh, kami pun cari tandas dan surau untuk solat sebelum ke balai perlepasan untuk penerbangan seterusnya.Mengenai Dubai International Airport ini sangatlah besar, yang mana kalau nak ke sektor Eropah kami mesti ke Terminal 3.Nasib baik, aku pilih waktu transit lebih kurang 3-4 jam jadi sempatlah nak tukar terminal, lepak2 jap.
   Bila pandang skrin TV berdekatan, baru kami perasaan, penerbangan kami ada sedikit kelewatan. Kupon-kupon makan pun diedarkan.Apa lagi, kami naik ke tingkat dua ada restoran yang menyediakan buffet.Akhirnya penerbangan kami bertolak lebih kurang pukul 11 pagi (3 petang waktu Malaysia) dan dijangka sampai pukul 5 petang waktu Asterdam (12 malam waktu Malaysia).

25/Apr : Amsterdam - kami dah sampai!


   Sampai sahaja di airport dalam 5 petang, perasaan letih dah bertukar jadi teruja! Letih sepatutnya ini dah masuk waktu tidur (12pm MST kan), teruja sebab aku akhirnya sampai bumi Eropah, yeay! Pemeriksaan kastam ke atas barangan yang dibawa pun bagi aku biasa, tidak seketat semasa ke New Zealand.Masa tu kena buka tunjukkan apa barangan terutama makanan satu persatu, yang mana serunding daging kena ditinggalkan kerana bekas plastic retak sikit semasa pengendalian bagasi.
   Lepas selesai semua, cabaran seterusnya adalah mencari jalan ke hotel.Tapi sebelum tu mari bergambar depan airport dulu!Airport Schipol ini menarik sebab kalau tengok daripada luar Nampak macam shopping mall jer. Kami tanya pada kaunter pertanyaan yang berdekatan macam mana nak ke hotel West Side in, Amsterdam. Memang belasah ajer ni.


   Kami ambik keretapi daripada Schipol dan kemudian naik tram.Esoknya baru kami tahu yang naik bas lagi senang dan straight forward.Nak heret beg lagi,kan...Well, itulah namanya traveller, penuh cabaran dan dugaan. Kalau tourist, dok jer dalam bas pelancongan, semua orang uruskan,ye tak? Masyarakat kat sini baik hati nak menolong, malangnya kami ada kekangan bahasa.OK my Japanese language ability was almost useless here :D .Setelah berpusing2 dekat 2 jam, akhirnya kami pun sampai ke hotel dengan bantuan seorang hamba Allah yg juga muslim.
   Hotel kami ini diluar Bandar Amsterdam, kerana banyak hotel di Amsterdam dah penuh dan mahal, sebabnya, baru kami tahu, esoknya adalah "King's Birthday" - public holiday! Hotelnya OK, selesa untuk bermalam 2 hari.Kedai-kedai halal, contohnya ada kedai roti dan pizza yg halal berdekatan, kerana di sini ada foreigner muslim. Rancangan asalnya kami nak jalan-jalan, bergambar sakan di Bandar Amsterdam lepas check-in dan refresh ourselves, sebab "bateri" kami pun dah tinggal satu bar je dan "jet-legged" akhirnya Berjaya mengalahkan kami, jadi malam ni baik tidur je la...zzzzZZZZzzzz.

[Hotel di Amsterdam - West Side In]

26/Apr : Jom cari Tulip & Kincir angin!
Route jalan-jalan kami 26/4

      Setelah puas berehat semalam, kami plan bertolak awal pagi ke destinasi yang sangat dinanti-nantikan, Keukenhof Garden - tengok tulip! Taman yang dipenuhi dengan tulip ini hanya dibuka lebih kurang 2 bulan sahaja setiap tahun dan pihak pengurusan akan mengumumkan bila taman akan dibuka serta tiket-tiket boleh dibeli secara online.Oleh kerana hari ini juga adalah cuti umum - "King's Birthday" maka  lagi lah kena pergi awal-awal kan? Kawan aku dah beli tiket bas dari Schipol Airport - Keukenhof.Sesampai di perhentian bas, kami orang pertama :D. Semangat sungguh lah kan.
[ Keukenhof ]

    Sesampai jer di sana, dah ada yang sampai sampai tapi ler ramai lagi.Oh ya, semasa "King's Birthday" kebanyakan rakyat tempatan berbaju Oren. Sebenarnya daripada masa kitorang sampai lagi dah Nampak kemeriahan, cuma dek keletihan semalamnya, jadi tak sempatlah kami meronda Bandar Amsterdam.

     Masuk ajer ke dalam taman, WOW!Sangat teruja dengan kecantikan taman ini.Ada berates-ratus jenis bunga, majoritinya adalah jenis tulip.Apa lagi bergambar sakanlah kami.Selain itu yang menarik perhatian juga adalah gerai menjual keju, Windmill, pekerja-pekerja yang berpakaian tradisional dan sebagainya.Gerai menjual strawberry segar pun ada, mana boleh lepas peluang, walaupun secawan harganya 6 euro (dlm RM25.00).Kami menghabiskan masa setengah hari juga di sini, ye lah kan, nak dating punyalah jauh, taman hanya dibuka dalam 2-3 bulan sahaja setahun, cuaca pun cerah dan pemandangan Masya-Allah, cantik!




    














     Destinasi seterusnya, kami nak ke Zaanse Schans, sebuah kawasan/pekan yang mempunyai windmill, muzium dan sebagainya, satu lagi tempat yang menarik untuk dilawati dan semestinya bergambar!

[Zaanse Schans]

    Ada banyak cara untuk sampai ke sini.Kami memilih untuk menggunakan keretapi daripada Schipol Airport - ada pertukaran line. Orang-orang tempatan masih lagi sibuk ke sana ke mari sempena King's Birthday, macam-macam gelagat.Kami turun di stesen Koog-Zaandijk (setelah pelbagai episod lucu) dan berjalan lebih kurang 15-20 minit untuk sampai ke Zaanse Schans.Dalam perjalanan rumah-rumah dan bangunan di sekitar cantik dan menarik.Saya terbau seakan-akan bau coklat, rupa-rupanya ada kilang koko berdekatan!

Pemandangan yang cantik serta cuaca yang nyaman di sini.Pelancong pun ramai yang datang melawat. Malangnya saya tak banyak gambar di sini sebab kehabisan bateri.Jadi pengajaran, sentiasa ada spare battery ketika mengembara begini.






    Setelah puas bergambar di sini, kami pulang semula ke Schipol Airport.Mulanya ingat nak ke Bandar Amsterdam, untuk mencari papan tanda "I am Amsterdam" walaupun kaki dah lenguh, badan dah penat, ditambah factor "jet legged".Tapi nasib kami baik, rupanya papan tanda tersebut ada juga di depan Schipol Airport, yeay, kami ceria kembali, sebelum bergegas pulang ke hotel, solat Jamak Asar Zohor.Sempat kerana waktu siang sangat panjang,dan suasana masih cerah walaupun jam 8 malam.Maka tamatlah seharian kami di Netherlands,singkat, penat tapi syok! Esok kami akan berangkat ke Belgium pulak.



    

1 ulasan:

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)