Ahad, 27 Januari 2008

Ohh Malaysia ke...??


Hi..
Lama aku tak kemaskini blog ni.Selalu balik kerja dah ngantuk,maklumlah dah malam..
Haa,lama dah aku nak masukkan cerita ni kat dalam blog.
Pagi 1 Jan tu,disamping aku nak ambik tiket JR ke Fukui,saja lah nak tengok suasana tahun baru kat Umeda.Lepas ambik tiket ter'singgah' kat Yodobashi,kalau2 ada 'Fuku bukuro' yang menarik.Untuk yg tak tahu apa 'Fuku bukuro',bila tahun baru kedai2 (aku tak pasti ler semua ke tidak) akan masukkan beberapa barang jualan diorg dalam beg kertas/kotak,'dan jual dengan harga yang tetap.Tapi kita tak boleh buka beg tu untuk pastikan apa kat dalam tu (warna, model etc),cuma jenis barangan dia senaraikan lah.Ada ketikanya rasa untung beli,ada kalanya,bila buka rasa 'hmmmm.....'.Aku pun sambar sekotak,dan berjalan balik ke Umeda Station.
Yang menariknya,walaupun orang2 lain pun ada gak beli 'Fuku bukuro' ni,tapi entah kenapa orang lagi berminat nak tengok apa 'orang luar' ni beli.Kebetulan kat sebahagian daripada kotak tu ada tulis aku beli apa,ramai le yang berusaha nak menjenguk tengok apa isi kotak tu w/pun sambil berjalan..heheheh.Bila masuk dalam tren nak balik,aku lalu depan 2 pakcik dan duduk tak jauh daripada diorg.Seperti biasa,menganggap aku tak faham apa diorg cakap,yang sorang mula menjenguk2 isi kotak tu.(Setelah diterjemahkan)''Apa dia beli tu ek?''"Entah,nampak macam 'digital dictionary??".
Aku pun dgn ramahnya,"hak ah,digital dictionary".Dengan muka terperanjat,pakcik yang mula2 bercakap paling kat kawan dia,"ehh,minah ni faham apa kita cakap"Lepas tu,"Awak ni orang Filipina ke?".Dah agak,kalau pakcik2 ni muka ASEAN je,tak lain Filipina je dalam kepala dia.Banyak sangat makan pisang Filipina kot!Aku balas,"bukan saya orang Malaysia"."Ohh Malaysia ke?Dulu2 sebab tentera kami pernah tawan Malaysia,jadi korang semua boleh cakap Jepun ke?"Hmm hampeh betul pakcik ni."Saya belajar 4 tahun universiti kat sini lepas tu kerja company kereta kat sini",lepas tu aku buat2 balas sms,malas nak layan.Tetiba aku teringat kenangan2 lepas,yang menggunakan isi dialog hampir sama.

Langkawi Aug 2007
Aku dan kawan2 tengah jengok2 apa nak makan malam kat Pantai Cenang.Setelah yang lain2 pi ambik tempatduduk,aku nampak satu pakcik (muka cam jepun) dok pandang awek yang tengah bakar sate.Dengan selamba dia tanya awek tu (setelah diterjemah),"yang ni yakitori (sate ayam) ke?".Awek tu dengan muka 'blurr' pandang aku sambil buat muka 'amende orang tua ni cakap'..Aku pun konon2 menyahut seruan Tahun Melawat Malaysia 2007 jawab le,"hak ah,ni yakitori makan dengan kuah tu,pedas sikit la kot".Pakcik,dengan muka tak terperanjat langsung,"baguslah,orang2 sini semua boleh cakap Jepun!"(Ala2 cam bahasa jepun tu bahasa ibunda Malaysia ke-2)

Fukui Jun 1999
Aku & 2 senior perempuan,pi jalan2 ke kedai berdekatan.Tengah nak 'park' basikal kami.Tetiba satu pakcik Jepun datang."Korang ni orang Filipina ke?Aku pernah sampai Filipina dulu".Melihat aku terpinga2,senior aku jawab,"Kami orang Malaysia."Pakcik masih dengan selamba,"Ohh Malaysia ke,bebila boleh jumpa lagi."Huiii..takut sehh..Sambil senior aku ajak aku masuk dalam kedai cepat2 dan kata kat aku,"Pakcik tu mesti teringat awek Filipina dia dulu!"

Membuatkan aku terfikir,orang2 Jepun ni tahu ke Malaysia ni wujud & tahu kat mana?Kekadang diorang tahu Thai kat mana,Singapore kat mana,Penang kat mana,Borneo kat mana,tapi Malaysia??.Kawan sekelas aku dulu pernah tanya,apa perasaan negara kita bersempadan dengan negara lain?Aku kata biasa ajer...Hmm Jepun,Jepun...

Khamis, 10 Januari 2008

Ibu vs Kekasih

Ada kawan hantar e-mail...Buat renungan/peringatan bersama...


*Orang kata aku lahir dari perut ibu..Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepatmarah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri


Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan SelamatHari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata.


Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu.


Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.ingatlah pengorbanan ibuuuuu....*

p/s: pagi tadi tgk berita kat TV,ada budak Jepun 18 thn sanggup bunuh IBU & adik dia 2 org,kemudian bakar apartment diorg.....sampainya hati dia....(;_;)

Sabtu, 5 Januari 2008

Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula......




Akemashite omedetougozaimasu!!!!(Selamat Tahun Baru!!!)






Apa khabar semua?Ke mana aku menghilang?Rahsia...heheheh.Tak lah aku balik 'kampung' jap.Kampung mana?Fukui la apa lagi.






Untuk ex-Fukuians,banyak juga yang berubah,tapi masih ada yang kekal seperti mana kita tinggalkan bertahun2 dulu.Oleh kerana kawan aku kata 'eki' (stesen keretapi) tersangaaaaatlah berubahnya,maka kali ini aku pun bercadang naik keretapi walaupun bas lagi murah (keretapi reserve seat 5K++,bas 3.5K yen jer).Sepanjang perjalanan tengok salji yang memutih pun dah kandou (syahdu??) belum sampai lagi tu..heheheh.Sampai jer kat eki,'wow'!!Tersangatlah berbeza,dah 'cun' & canggih daripada dulu!Tak sempat nak ambik gambar sebab asyik menoleh kiri & kanan..hehhehe.Apa2 pun pi cari 'Soba eki' dulu!.Dah 'cun' kedai soba tu,tapi rasanya masih sama 5 tahun dulu..'Kandou' lagi aku.Apa lagi yang berubah??:-


  1. Fukui Dai dah makin cantik bangunan2nya,terutama Seibutu Kagaku dept (puji gakka sendiri..heheheh)

  2. Fukui bakal ada shinkansen lalu!

  3. Lawson kat simpang empat depan gakkou dah tutup,jadi restoran..

  4. Ada gastou kat area Fukui shinbun tempat bebudak ni buat baito dulu..Dulu punyalah jauh nak pi mkn.

  5. Pia dah tutup..Subway kat Apita pun.

  6. Game center depan Mitsuwa/Heiwado dah ganti jadi kedai Curry Rice

  7. Ada Starbuck la ni kat area Korona World.

  8. warga Malaysia Fukui sekarang dah sampai 50 orang!!Dah cukup ahli untuk solat Jumaat,Alhamdulillah..
  9. dengarnya dah tak ada buat part time mengajar..betoi ke??

dan banyak lagi yang aku tak sempat nak tengok..


Sempat ikut bebudak ni pi rumah 'Okasan' & 'Otosan'.Setakat ini kedua2nya masih sihat.Diorang dah tutup perniagaan,jadi kawasan kedai dah diubah jadi ruang tamu.'Obacyan' pula semenjak 'Okasan' jatuh dulu,dah dihantar ke Care Center berdekatan,ingatan pun dah kurang kata Otosan.


Malam tu pi borak2 dengan junior2 yang masih kenal aku.Yappari, sekali sekala senpai datang macam2 topik boleh sembang.Ogoranakute gomenne,tak dapat bonus lagi..heheheh..Ii tabi (err sato gaeri?)datta..

Kepada kohai2 Fukui yang:-

* bakal jadi 'syakai jin' => ada yang tanya aku lebih kurang cenggini 'taihen na shigoto nai kana?' (tak ada ke kerja yang tak susah?) kalau kerja tak susah tak namanya kerja,tak ada cabaran tak menarik,kan?ikut orang la,ada yang rasa benda yang dibuat tu susah sangat2,tapi orang lain tak rasa pun.Yang dapat sampai 2-3 tawaran,bagus tanya pendapat orang pasal 'company'2 tu,tapi pilihlah yang bersesuaian dengan diri sendiri dan ada bagi peluang untuk kita meningkatkan diri.Jangan buat kerja separuh jalan & kalau tak tahu jangan memandai2 buat2 tahu.Tak salah kalau banyak bertanya (berdasarkan pengalaman)

*bakal nak mencari kerja & dalam tahun akhir) =>Yang nak sambung belajar bagus,teruskan usaha anda.Tapi janganlah sambung belajar kerana rasa nak duduk lama kat Jepun,kan lain 'nawaitu' tu?Sambunglah kerana minat dan nak tambah ilmu.Kepada yang nak cari kerja,masa pergi seminar kerjaya walaupun banyak yang nak ambik budak2 bidang yang lain daripada apa yang kita belajar,jangan putus asa.Berapa orang yang masih guna apa yang ada dalam buku teks dia belajar di tempat kerja?(ini pun berdasarkan pengalaman gak)Bila pergi temuduga, '1st impression' sangat penting,kalau tak tahu jangan memandai2 buat2 tahu tak salah kalau bertanya.

*yang masih 'ganbatteru' di Fukui=>Seperti biasa,belajar elok2.'Baito' & main 'game' tak salah,janganlah sampai tak pergi kelas/periksa pula!Selain itu, walaupun kita dah ramai sampai boleh buat kampung Melayu kat sini,bercampur dengan masyarakat sekeliling pun penting juga.Kalau tidak buat apa kerajaan susah2 hantar kita dok negara orang,kan lebih jimat dok Malaysia aje?Barulah boleh cakap Jepun 'berabuk' dan bila balik nanti boleh guna pengalaman di luar negara,masa temuduga boleh 'goreng' laaaaagiiiiiii banyak...Sepakat membawa berkat!Janganlah ramai aje,tapi semua buat hal sendiri...Satu lagi,(ini nasihat utk diri sendiri gak ni)duit tu jimat2 lah jangan sampai nak hidup pun berhutang keliling pinggang.Utamakan 'keperluan' (sewa rumah,duit makan, bil2,etc) ada lebih sikit barulah 'kehendak' (barang berjenama etc)

Isnin, 31 Disember 2007

Tag Game

Mrs mummyvaio tagged aku daa
1. Name one person who made you laugh last night. Chandler (FRIENDS)
2. What were you doing at 0800?still sleeping...
3. What were you doing 30 minutes ago?Watching 'Junk Sport'
4. What happened to you in 2006? err.. being upgraded unexpectedly alhamdulillah
5. What was the last thing you said out loud?Turun..turun..defend!(was in Futsal game )
6. How many beverages did you have today?Tea
7. What color is your hairbrush?Black
8. What was the last thing you paid for?DVD rental
9. Where were you last night?at home la of course
10. What color is your front door?white
11. Where do you keep your change? my wallet
12. What’s the weather like today?sunny but cold..brr sejuknya...
13. What’s the best ice-cream flavor?green tea + cookies & cream.
14.What excites you?Bowling,movies & novels
15. Do you want to cut your hair?Nope
16. Are you over the age of 25?Yup
17. Do you talk a lot? only to people I'm comfortable with
18. Do you watch the O.C.? Nope
19. Do you know anyone named Steven?err Steven Spielberg?
20. Do you make up your own words?tama ni
21.Are you a jealous person?a bit maybe
22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’Anizah
23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’ Khairul Bariah
24. Who’s the first person on your received call list?Ameq
25. What does the last text message you received say?kaze hikanai you ni
26. Do you chew on your straw?Sekali sekala
27. Do you have curly hair?No comment
28. Where’s the next place you’re going to?Fukui
29. Who’s the rudest person in your life?Some senior during my university year,in fact I managed to block his phone no from reaching my h/phone!!
30. What was the last thing you ate?Bread + condensed milk
31. Will you get married in the future?Maybe..when??I also don't know
32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks? Letters from Iwo Jima
33. Is there anyone you like right now?My beloved parents..
34. When was the last time you did the dishes?After 'berbuka' 3 hours ago
35. Are you currently depressed?hmmmm...seldom
36. Did you cry today?Nope
37. Why did you answer and post this?Tagged by mummyvaio.
38.Tag 5 people who would do this survey. Luvdelico,Ounis,pheonixbiru,err...can not find another 2..sorry..

Jumaat, 28 Disember 2007

OL (Office lady)


Sejuknya cuaca kat luar.Hujan drp subuh tadi tak berhenti lagi..Jadi apa lagi,melepak kat rumah kemaskini blog lah.Mulai hari ini kitorg cuti 10 hari.10 hari juga tak payah mengadap komputer 9~6..tapi kat rumah aku 'online' juga hehehe..
Hujung bulan Oktober,hari terakhir aku kat pejabat masuk jumpa ketua jabatan.Dia kata sebenarnya risau hantar aku pi 'on job training' kat Jepun sebab dia kata ikut budaya kerja Jepun, nanti diorg suruh aku bancuh kopi/teh ajer..Yang mana aku pun masa tu fikir sama ajer ala dalam drama Jepun yang aku minat dulu2, ' Syomuni',cerita pasal OL (Office Lady).Bukan dia sorg ajer cakap macam tu, sebelum tu salah sorg 'senior' berjawatan kat pejabat tu pun cakap,'haa..silap2 hang pi bancuh teh ajer!'Wahh,masa tu aku berdesing telinga & rasa tercabar pulak berbanding masa Ketua Jabatan cakap (sebab dia cakap ala2 prihatin).Ye lah,siapa yang lagi lama duduk Jepun ni???

Dah duduk sini 2 bulan barulah aku tahu,tak semua perempuan kena bergilir masakkan air panas, bancuh kopi (tu pun guna 'coffee maker'), kemas 'pantry' dll.Ok lah untuk yang tertanya kenapa,mari aku nak ceritakan.Kat pejabat syarikat ini pekerja2 di bahagikan kepada dua aliran ->'personal' & 'career'.Aku tak pasti pasal kelulusan tapi aku rasa kebanyakannya habis Kolej atau Universiti.

'Career' seperti yang diorg bgtau aku, kebanyakannya lelaki (segelintir ajer perempuan termasuk aku ler tu) buat kerja2 yang kalau kat Malaysia macam pegawai,eksukutif dll.'Personal' pulak ditugaskan membantu 'Career staff' dengan tugas masing2.Tolong telefon 'follow-up report',buat salinan report,kerja2 pentadbiran,dll termasuklah kemaskan pantry & buat kopi secara bergilir2 macam aku cakap kat atas tadi.Dalam jabatan aku sekarang ni,banyak kaum2 ibu la yg jadi 'personal staff' nih.Kerja diorg efisyien sama aje macam 'career staff' cuma bidang tugas yang berbeza,tak perlu balik lambat 'overtime' sangatlah kiranya, yang aku rasa sesuai sebab diorg tepat ajer 5:30 dah tutup komputer dan terpaksa berkejar nak ambik anak drp sekolah & siapkan makan malam.

Bila teringat kata2 orang kat pejabat kat Malaysia,aku terfikir teruk sangat ke kalau jadi pembancuh teh??Atau lebih tepat 'personal staff' (atau Admin assistant kat Malaysia)??Aku perhatikan ada satu mamat ni,bila pembantu dia ('personal staff') bercuti satu hari tu,gelabah juga dia dibuatnya bila terpaksa siapkan kertas kerja & bawa pergi mesyuarat lepas itu.Terkial2 dia nak 'scan' (sbb dia kata tak pernah buat) & tak sempat nak buat salinan & 'stapler',maka dia minta aku pergi naik bas dulu ke mesyuarat tu..haaa..bukankah masing2 saling memerlukan walaupun tugas 'akak-akak' tu sangatlah mudah di mata orang lain??

Maka aku rasa,walau apa pun kerja atau pangkat orang tu kita kena hormat walaupun dia sekadar pencuci tandas di pejabat kita.Tak payah seminggu cuba kalau satu hari dia tak datang??Kalau bertembung ucaplah salam (kalau muslim) atau sapa ajer lah dia. Aku pun dapat juga seorang 'pembantu',muda drp aku tapi kitorg sama2 janji,dia nak gilap dia punya bahasa Inggeris,aku pulak bahasa Jepun jadi kami tolong-menolong satu sama lain lah..

Kalau korang nak tahu,bila diorang tak guna 'san' selepas nama kita (ini dalam budaya Jepun lah dipanggil 'yobisute',kalau negara luar mmg tak guna,kan?) ini menunjukkan diorang menganggap taraf kita sebagai 'bawah' diorg cthnya 'senior'=>'junior','bos'=>'staff' , 'cikgu'=>'murid' dll..Kalau aku silap,maaflah ye,tapi ini yg diorg bgtau aku la..Aku ingatkan sebab dah rapat tak payah 'formal' lagi dah guna 'san' tu..
Satu lagi, aku rasa kalau orang tu mula drp bersusah payah drp bawah,dia akan lebih memahami atau hormat pekerja bawahan dia.Masa mesyuarat jabatan semalam pun ada seorang ketua kumpulan 'sound' anak buah dia depan semua orang yg aku fikir,'perlu ke dia buat begitu depan semua orang??Tak boleh panggil bersemuka berdua aje ke??Anak buah pulak,jangan ler ambik kesempatan kalau bos anda tu baik dengan anda..Kalau tetiba dia 'meletup' apa cerita??
Entahlah ini pendapat aku ajer....
Terpanjang pulak..