Hi..
Lama aku tak kemaskini blog ni.Selalu balik kerja dah ngantuk,maklumlah dah malam..
Haa,lama dah aku nak masukkan cerita ni kat dalam blog.
Pagi 1 Jan tu,disamping aku nak ambik tiket JR ke Fukui,saja lah nak tengok suasana tahun baru kat Umeda.Lepas ambik tiket ter'singgah' kat Yodobashi,kalau2 ada 'Fuku bukuro' yang menarik.Untuk yg tak tahu apa 'Fuku bukuro',bila tahun baru kedai2 (aku tak pasti ler semua ke tidak) akan masukkan beberapa barang jualan diorg dalam beg kertas/kotak,'dan jual dengan harga yang tetap.Tapi kita tak boleh buka beg tu untuk pastikan apa kat dalam tu (warna, model etc),cuma jenis barangan dia senaraikan lah.Ada ketikanya rasa untung beli,ada kalanya,bila buka rasa 'hmmmm.....'.Aku pun sambar sekotak,dan berjalan balik ke Umeda Station.
Yang menariknya,walaupun orang2 lain pun ada gak beli 'Fuku bukuro' ni,tapi entah kenapa orang lagi berminat nak tengok apa 'orang luar' ni beli.Kebetulan kat sebahagian daripada kotak tu ada tulis aku beli apa,ramai le yang berusaha nak menjenguk tengok apa isi kotak tu w/pun sambil berjalan..heheheh.Bila masuk dalam tren nak balik,aku lalu depan 2 pakcik dan duduk tak jauh daripada diorg.Seperti biasa,menganggap aku tak faham apa diorg cakap,yang sorang mula menjenguk2 isi kotak tu.(Setelah diterjemahkan)''Apa dia beli tu ek?''"Entah,nampak macam 'digital dictionary??".
Aku pun dgn ramahnya,"hak ah,digital dictionary".Dengan muka terperanjat,pakcik yang mula2 bercakap paling kat kawan dia,"ehh,minah ni faham apa kita cakap"Lepas tu,"Awak ni orang Filipina ke?".Dah agak,kalau pakcik2 ni muka ASEAN je,tak lain Filipina je dalam kepala dia.Banyak sangat makan pisang Filipina kot!Aku balas,"bukan saya orang Malaysia"."Ohh Malaysia ke?Dulu2 sebab tentera kami pernah tawan Malaysia,jadi korang semua boleh cakap Jepun ke?"Hmm hampeh betul pakcik ni."Saya belajar 4 tahun universiti kat sini lepas tu kerja company kereta kat sini",lepas tu aku buat2 balas sms,malas nak layan.Tetiba aku teringat kenangan2 lepas,yang menggunakan isi dialog hampir sama.
Langkawi Aug 2007
Aku dan kawan2 tengah jengok2 apa nak makan malam kat Pantai Cenang.Setelah yang lain2 pi ambik tempatduduk,aku nampak satu pakcik (muka cam jepun) dok pandang awek yang tengah bakar sate.Dengan selamba dia tanya awek tu (setelah diterjemah),"yang ni yakitori (sate ayam) ke?".Awek tu dengan muka 'blurr' pandang aku sambil buat muka 'amende orang tua ni cakap'..Aku pun konon2 menyahut seruan Tahun Melawat Malaysia 2007 jawab le,"hak ah,ni yakitori makan dengan kuah tu,pedas sikit la kot".Pakcik,dengan muka tak terperanjat langsung,"baguslah,orang2 sini semua boleh cakap Jepun!"(Ala2 cam bahasa jepun tu bahasa ibunda Malaysia ke-2)
Fukui Jun 1999
Aku & 2 senior perempuan,pi jalan2 ke kedai berdekatan.Tengah nak 'park' basikal kami.Tetiba satu pakcik Jepun datang."Korang ni orang Filipina ke?Aku pernah sampai Filipina dulu".Melihat aku terpinga2,senior aku jawab,"Kami orang Malaysia."Pakcik masih dengan selamba,"Ohh Malaysia ke,bebila boleh jumpa lagi."Huiii..takut sehh..Sambil senior aku ajak aku masuk dalam kedai cepat2 dan kata kat aku,"Pakcik tu mesti teringat awek Filipina dia dulu!"
Membuatkan aku terfikir,orang2 Jepun ni tahu ke Malaysia ni wujud & tahu kat mana?Kekadang diorang tahu Thai kat mana,Singapore kat mana,Penang kat mana,Borneo kat mana,tapi Malaysia??.Kawan sekelas aku dulu pernah tanya,apa perasaan negara kita bersempadan dengan negara lain?Aku kata biasa ajer...Hmm Jepun,Jepun...

4 ulasan:
huhu, akukah dlm insiden awek filipina itu..hahha
hahahah...
cam buleh bayangkan...
heheheh
tp yankiut tidak la sepilipina mana
tte heran kan :)
kira ok la korang...
pocket ni disangka 'tanah besar'ian
lagi la boring ^^
utk pengetahuan cik yankiut,anda berada di tempat kejadian,tp yg berkata2 adalah cik Is** kita..manalah pi minah tu skrg ek?
pocket,baguslah kalau boleh bygkan,aku boleh jadi script writer tak?heheh..mangga ka pon jadilah..
maa ne aku nobatkan ko mmg bole jadi penulis script gaya bebas yg aku suka...tak sangkat berbakat rupanya.
chinami ni x-roommate ko mrs es** ada sms aku dia dpt exxonmobil.
-kemai-
Catat Ulasan