Semalam aku lepak kat Starbucks sambil tunggu kawan aku sampai.Kitorg janji nak masak-masak kat rumah aku sambil cuba semua baju-baju berunsur ke'Malaysia'an yang aku ada.Lepas bayar,aku pun tunggu kopi aku disiapkan.Ternampak ada satu awek dok pandang sesuatu atau seseorang di sebalik kaunter.Oleh kerana tak nampak,aku biarkan aje sambil tengok 'handphone' aku, kot2 kawan aku sms ke.Tetiba awek tadi kata, "omatase shimashita(maaf kerana menunggu lama)".Aku pun pandang dia,rupanya tadi dia tengah perhatikan pelatih dia buat kopi aku tu.Pelatih dia tu pun hulurkan kopi pada aku.sambil sebut jenis kopi yang aku pesan tadi dan senyum.
Mesti korang tertanya,apa istimewanya 'pelatih' dia tu sampai aku nak cerita kat sini..
Pelatih tu adalah seorang budak (aku rasa budak muda la) perempuan yang ada 'down syndrome'..Terharu campur kagum aku senyum sambil cakap terima kasih.Bila aku hirup kopi tu,kopi yang dia buat memang macam kopi 'starbucks' yang macam aku minum selalu,siap berpenutup kemas.Kagum pada budak tadi,kagum pada orang yang sanggup ambil dia bekerja,kagum pada awek yang sabar ajar dan perhatikan dia buat kerja...
Masa Tahun Baru hari tu pun,ada tunjuk rancangan 'hajimete no okozukai' (pertama kali mak suruh pi kedai?).Pengalaman bebudak umur dalam 3~5 tahun,mak ayah suruh diorg pi beli sesuatu kat kedai berdekatan.Jangan risau,staff rancangan tu ada di mana2 saja,perhatikan dan rakam budak tu punya 'adventure'..
Yang paling menarik perhatian aku,seorang budak perempuan umur 5 tahun yang juga 'down syndrome'.Mak dia cukup sabar ajar sampai akhirnya dia mampu pergi kedai sendiri dan mampu ingat beberapa barang yang mak dia suruh beli.Balik ajer,dia cium mak dia,dan kata 'akan sayang mak sampai bila2'.Masa tu,airmata aku pun berderai gak ishk ishk isk..terharu campur kagum...
Tapi orang kita,badan sihat walafiat otak pun ok,minta sedekah?????hmm....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan