Ahad, 24 Februari 2008

Terasa....

Pagi Sabtu (16/Feb) lepas,aku keluar ke Umeda saja jalan2 sambil cari hadiah hari lahir untuk kawan2 aku.Sampai pun dah dekat tengah hari,aku terus ke tingkat bawah Umeda Station cari2 restoran yang menarik buat alas perut.Kebanyakan kedai penuh dengan 'couple' atau keluarga,maka aku carilah kedai yang aku boleh makan sorang2 atau duduk kat kaunter.Masuk satu kedai makanan Jepun yang boleh tahan,orang pun tak ramai sangat.Duduk 5 minit menunggu ada tempat kosong di ceruk kedai dekat dengan satu keluarga.5 minit kemudian set soba aku pun sampai.Tengah2 makan tu,tetiba pekerja kedai datang tanya,"Cik boleh seorang pelanggan lain duduk makan di sini juga?"
Aku pun tak kisah sangat dan mengangguk.Jadi pekerja tadi pergi ke arah satu makcik.Dah separuh jalan ke meja aku,baru makcik tu perasan,dia bakal duduk semeja dengan 'gaijin' atau 'foreigner',terus dia kata,"tak apalah,saya sanggup tunggu" pada pekerja kedai tu.Agak tersinggung,aku pun teruskan makan.Takut benar dia gamaknya aku tegur dalam bahasa Inggeris ke?
Lepas membeli-belah lebih kurang,aku pun naik keretapi balik.Bila dekat2 keretapi nak jalan,ada satu pasangan dalam lingkungan 40~50 masuk dan nampak tempat di depan aku & di sebelah aku kosong & muat2 untuk seorang satu.Yang si lelaki ambik tempat depan aku,tapi yang perempuan,bila laki dia kata "pi la duduk situ",beria2 menggeleng kepala dan kata berkali2 "tak apa,berdiri pun tak apa".Sekali lagi aku terasa tersinggung.Lepas tu, dia sanggup berhimpit2 kat tempat duduk depan aku tu.Mungkin dia ingat aku tak faham apa yang dia cakap.Dengan rasa geram,aku keluarkan buku yang baru aku beli tadi dan angkat tinggi2 bagi nampak sikit tajuk buku yang bertulis sepenuhnya dalam bahasa Jepun.Lepas perempuan ni nampak tajuk buku aku tu,aku pun nampak dia bisik2 dengan laki dia dan takut2 nak pandang ke arah aku.
Itulah dia perangai Jepun kalau korang nak tahu.Bila aku cerita kat kawan sepejabat,jawapannya sama aje,takut kena tanya dalam bahasa Inggeris.Yang itu pun takut???Ingat semua 'orang luar' cakap Inggeris ke?Ingatkan Jepun yang duduk bandar besar,maju sikit mentalitinya tapi nampaknya yang duduk kampung macam Fukui lagi ramah..hmmm..

Selasa, 12 Februari 2008

Peniaga kita..Peniaga orang

Hai.
Sambil lepak2 lepas makan malam tadi,aku tengok satu rancangan TV yang aku rasa menarik juga.Kebetulan masa tukar ke 'channel' tu,dah separuh jalan.Rancangan tu dalam bentuk kuiz yang disertai 4-5 orang artis,kena teka apa yang peniaga2 kat Jepun buat untuk menangani pelanggan2 yang buat rungutan atau aduan.Bagus betul kalau tayang kat Malaysia.Lepas itu, ada pulak peniaga bagi tips, 'pelanggan yang macam mana' yang boleh digelar pengguna/pembeli bijak.Minggu depan pun aku nak tunggu rancangan ini.
Kalau korang masih ingat, ada sekali dulu heboh pasal restoran mamak.Pasal isu kas kas la dan lain2 sampai ada kata nak boikot kononnya.Bukan nak menyebelahi sesiapa,tapi agak2 kenapa kalau dalam sebaris tu ada restoran melayu & satu aje restoran mamak,restoran mamak boleh 'survive'?Hmm,jawapannya,boleh tengok balik beberapa situasi yang aku kena bila berhadapan dengan peniaga Melayu walaupun tak semua.

Situasi 1 - Pertahan kekotoran kedai
Ambik nasi campur.Duduk di meja dan mula nak menyuap nasi,tetiba aku nampak seekor lipas agak besar di sebalik sambal terung.Panggil kakak tuan kedai,cakap baik2 tetiba dia balas dengan suara agak meninggi,"Biasalah Dik,kat dapur bila panas,dia jatuh dari siling!!!"Sampai sekarang aku tak jejak kedai tu,dah lah tak minta maaf,dia pertahankan pulak kebersihan tahap sifar kedai dia.

Situasi 2 - Masalah budi bahasa - 1
Beli nasi ayam dengan harga RM3.00.Seluk poket,jumpa RM10.00 dan hulur kat awek gerai tu.Sambil mencampak duit kertas ke arah aku,"tak ada duit kecik ke?" dengan merengus marah.Haa???

Situasi 2 - Masalah budi bahasa - 2
Bayar duit di kaunter,ucap terima kasih pun tidak,senyum pun tidak apa lagi pandang pelanggan!!Hmm...

Situasi 3 - Pelayan memang betul
Setelah 5 minit menunggu,baru ambik pesanan dan akhirnya pesanan makanan sampai."Saya pesan sayur taugeh tadi",aku kata sambil 3 orang kawan aku mengiakan."Tak,saya dengar tadi,awak pesan kailan ikan masin",beria2 menegakkan benang yang kalau basah pun takkan tegak sendiri.Lain kali tulislah,bukannya semua orang boleh ingat.


Situasi 4 - Berleter kat pelanggan
"Kak,bungkuskan sayur ni RM1.00" sambil aku tengok lauk lain yang nak dibeli."RM1.00 mana boleh hidup dik.Kangkung seikat dah dekat RM3.00,minyak,udang bla bla bla.."terus dia buka cerita pasal semua harga barang yang dia beli untuk meniaga.Entah apa2 aku pun blah dari situ.Perlu ke kita yang penat balik kerja dengar peniaga berleter?

Ahha,jangan terkejut,tapi itulah realiti orang kita berniagaTak percaya???Banyak lagi aku boleh senaraikan,kang penuh pulak blog ni.Cuba bandingkan cara kaum/bangsa lain layan pelanggan.Alahai cam langit dan bumi.Melayu memang mudah lupa.Sekali Tuhan tarik balik sikit ajer rezeki yang Dia berikan,ramai yang mengeluh.Kata orang buat ubat guna2 lah,pakai ilmulah.Tapi orang kita banyak yang 'take for granted' dan fikir pelanggan akan datang juga walau macam mana pun.Kekadang pandang pelanggan pun macam dengan pandangan benci.Melayu memang mudah lupa.

Isnin, 4 Februari 2008

Kagum..kagum

Semalam aku lepak kat Starbucks sambil tunggu kawan aku sampai.Kitorg janji nak masak-masak kat rumah aku sambil cuba semua baju-baju berunsur ke'Malaysia'an yang aku ada.Lepas bayar,aku pun tunggu kopi aku disiapkan.Ternampak ada satu awek dok pandang sesuatu atau seseorang di sebalik kaunter.Oleh kerana tak nampak,aku biarkan aje sambil tengok 'handphone' aku, kot2 kawan aku sms ke.Tetiba awek tadi kata, "omatase shimashita(maaf kerana menunggu lama)".Aku pun pandang dia,rupanya tadi dia tengah perhatikan pelatih dia buat kopi aku tu.Pelatih dia tu pun hulurkan kopi pada aku.sambil sebut jenis kopi yang aku pesan tadi dan senyum.
Mesti korang tertanya,apa istimewanya 'pelatih' dia tu sampai aku nak cerita kat sini..
Pelatih tu adalah seorang budak (aku rasa budak muda la) perempuan yang ada 'down syndrome'..Terharu campur kagum aku senyum sambil cakap terima kasih.Bila aku hirup kopi tu,kopi yang dia buat memang macam kopi 'starbucks' yang macam aku minum selalu,siap berpenutup kemas.Kagum pada budak tadi,kagum pada orang yang sanggup ambil dia bekerja,kagum pada awek yang sabar ajar dan perhatikan dia buat kerja...
Masa Tahun Baru hari tu pun,ada tunjuk rancangan 'hajimete no okozukai' (pertama kali mak suruh pi kedai?).Pengalaman bebudak umur dalam 3~5 tahun,mak ayah suruh diorg pi beli sesuatu kat kedai berdekatan.Jangan risau,staff rancangan tu ada di mana2 saja,perhatikan dan rakam budak tu punya 'adventure'..
Yang paling menarik perhatian aku,seorang budak perempuan umur 5 tahun yang juga 'down syndrome'.Mak dia cukup sabar ajar sampai akhirnya dia mampu pergi kedai sendiri dan mampu ingat beberapa barang yang mak dia suruh beli.Balik ajer,dia cium mak dia,dan kata 'akan sayang mak sampai bila2'.Masa tu,airmata aku pun berderai gak ishk ishk isk..terharu campur kagum...
Tapi orang kita,badan sihat walafiat otak pun ok,minta sedekah?????hmm....