Khamis, 27 Mac 2008

Kreatif



Letih betul hari ni.

Semalam balik lambat juga,tunggu laporan prestasi projek daripada Malaysia.Projek apa?Tak payah lah aku cakap kot,lagi pun tak sesuai dengan tajuk hehehhe..kang serius pulak.

Pagi-pagi aku datang kelam kabut pulak buat salinan dan susun laporan ikut agenda.Walaupun aku rasa kawan aku yang kat Malaysia tu lagi terkocoh kacah mengejar orang2 yang tak pernah2 nak patuh tarikh dan waktu akhir hantar.

Aku pun cepat2 balik petang ni,dah mengantuk.Lepas solat Maghrib fikir2,nak kena masak ni,untuk malam ni & esok nak bawa bekal pergi pejabat.Tetiba teringin nak makan....sate!!!

Kebetulan pula barang yang aku pesan daripada FAMA sampai minggu lepas,ada untuk perap ayam percik..boleh lah...Selongkar stok makanan kering aku,ada kuah kacang segera..cun!!!

Cuma nak bakar tak boleh lah,kang berbunyi pulak siren asap kat rumah ni.Goreng le jawabnya.

Teringat aku masa zaman belajar kat Fukui dulu.Kawan-kawan kat sana pernah kata,"kalau nak masakan resipi seperti turun temurun,perempuan lagi pandai.Tapi kalau bab masakan kreatif,lelaki lagi bagus!"Fikir-fikir balik ada juga betulnya.Kalau menjadi masakan kreatif tu,memang sedap..Kalau tak hmm...paham2 jer la,dapat makan percuma..tibai je lah.

Kena kreatif sebab dah jauh daripada negara sendiri ni,banyak bahan2 yang tak ada.Bawa daripada Malaysia,tapi stok cepat habis,perkara biasa.Antara yang menarik,bila teringin nak makan taufu fah,pergi kedai,beli tauhu putih satu pek,masak air gula merah..curah ajer...Boleh lah,walaupun tauhu keras sikit,jadilah buat pengubat rindu..ye tak?
Satu lagi yang aku cuba,rindu kat sardin Malaysia..Beli sardin dalam tin kat sini (walaupun ada perasa miso ke tak kisah lah),lepas tu tambah tomato puri dan bawang2..Ok lah,seakan2 nak sama..Cuba resipi yang ingat2 lupa cemana Atok aku buat pun ada gak,gulai tempoyak ikan bilis..Hmm sedapnya...Korang ada tak resipi kreatif di perantauan yang lain??

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lerr tunjuk kuah je ke?? Satenya mana?? -NDY-

Pocket berkata...

Hooh... satenya mana?
goreng pun goreng lah kan...still nak gak tgk satenyer photo..heheh...
eh gaijin san, ado tgk photo sate kat blog kita tak saikin?

chinamini, resepi kreatif nara...
ikan goreng masak cili kat jpung!!
beli ichimi kat 100yen shop.
tomis ichimi tu wit bawang n garlic.
taruk air sket kasi berkuah.
gula
asam
ikan goreng crispy
kacau ngan bawang besar as a finishing.

jadilah ikan masak cili kofu!!...

(pasal belajar dari shiput kat yamanashi dulu huhuuuuu)

KoudaGaijinsan berkata...

hahaha...sate limited edition...takleh tunjuk heee..
sebenarnya more to ayam percik goreng..maleh nak tunjuk heee...let you guys play with your imagination...ahaks...
pocket..will try the receipe..oishii souuu...