Hari ini aku nak cerita pasal masyarakat senegara di sekeliling aku.
Bahasa melambangkan budi bahasa..
Aku pernah dengar cikgu aku kata dulu,lagi banyak seseorang itu cakap,cara dia bercakap,lagi banyak kita tahu atau boleh agak pasal latar belakang dia,cara dia dibesarkan dan lain-lain.Sebab itu,kadang-kadang mendiamkan diri itu lebih elok daripada jadi tong kosong.
Ada orang pulak selalu kata,"Mulut ajer jahat tapi hati baik??" .Setuju ke?
Ada orang yang sama2 datang ke syarikat yang aku kerja sekarang atas tujuan latihan kerja macam aku juga.Orang sebegini aku dah pernah jumpa masa belajar dulu,jenis yang fikir 'aku saja yang betul''perasaan orang lain,aku peduli apa'..Ya,di sekeliling kita ramai orang macam ini.Macam mana nak tangani orang macam ini?
Aku senang ajer,jaaaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuhhkan diri sejauh yang mungkin daripada dia.Block phone no, tak hadiri jamuan etc..Tak mendatangkan apa2 kebaikan pun kalau berkawan, jauh sekali nak 'minta maaf' atas kata2 yang dilemparkan yang mana mungkin dia rasa biasa,tapi bagi orang yg mendengar macam mana?Rambut saja sama hitam tapi hati lain2..
"Kalau nak jimat tak payah pakai seluar langsung lah lagi bagus.."
"Yang menggatal buat e-mail alert buat apa?Nak menggatal pi Sabah la"
(e-mail alert dibuat untuk memudahkan kita mengetahui kalau e-mail2 penting mengenai kerja2 masuk..)
etc..
Ya,diakui kesilapan TERBESAR aku adalah mengenali orang sebegini & layan e-mail2 yang sampai ke Inbox aku.Mungkin elok juga kalau aku buat "mail auto filter"?Kalau outlook senang sikit nak 'set-up'.Aku berdoa semoga dijauhkan daripada orang2 sebegini sepanjang hayat aku serta aku & keluarga tak jadi sebegini.AMIN..
Kepada kawan-kawan yang ada anak,harap didiklah anak anda & tegurlah mereka daripada jadi orang seperti di atas.
Nasihat aku kepada diri sendiri & semua yang melawat blog ini,fikir2kan lah dulu sebelum ber'cakap lepas' kepada orang sekeliling,baik keluarga,kawan2,kenalan satu syarikat (yang seagama atau tidak sama sahaja),mahupun kepada kakak yang menjalankan tanggungjawabnya membersihkan pejabat kita.Kita tak tahu bila hati seseorang 'terasa' atau 'terguris' atas 'kata2 selamba' yang kita lemparkan.Juga kita tak akan tahu apakah yang didoakannya kepada Yang Maha Mendengar?Bagaimana kalau doa dia dimakbulkan?
Dosa dengan Tuhan,kita boleh minta ampun dan memohon kasih & rahmatNya mengampunkan kita.Tapi dosa dengan manusia?Dosa pada kucing yang kita tepuk kepalanya kerana kita geli atau takut pada kucing?
p/s:Tahniah pada Encik Lipan & isteri kerana dapat 'baby girl'
1 ulasan:
Kenapa membuat e-mail auto alerts dikategorikan sebagai menggatal? Apa motifnya? Kaiseki onegaishimasu.. -NDY-
Catat Ulasan