Isnin, 28 Julai 2008

Drama oh Drama

Hi..
Kalau korang nak tahu,drama kat jepun ni akan bertukar setiap kali masuk musim baru.
Musim bunga,panas, luruh & sejuk..silih berganti,lain ceritanya. Jadi kalau nak tahu musim dekat nak habis ke belum secara tak langsung boleh agak,apabila drama dah sampai 12 episod..
Aku rasa drama2 kat jepun ni menarik sebab skop cerita luas & kreatif..Atau aku pun dilanda sindrom,apa yang bukan daripada negara sendiri semua tak seronok??
Teringat masa aku & kawan nak pi tengok 'Silat Legenda' satu ketika dulu..
Ada orang perlekehkan,elleh apa kelas tengok Kartun Malaysia/Melayu??

Apa yang menarik drama2 kat Jepun nih?
Macam aku cakap kat atas,skop cerita luas & kreatif.Kekadang ada drama yang menunjukkan agar kita tahu bercita2,tahu macam mana sesuatu pekerjaan, yang secara tak langsung menyebabkan budak2 berfikir,uwahh bagus juga kerja ni..

Contohnya,kalau ada antara korang yang masih ingat drama 'Chiaki' atau 'Moero Attack' dulu2.
Ada versi baru sekarang!Pelakonnya pun orang baru.Versi baru Chiaki,"Attention Please" ..mengisahkan seorang minah jepun yang 'rock' habis,tapi oleh kerana kawan lelaki dia kata,"Aku teringin nak tengok ko kerja beruniform, mesti lawa"..maka dia pun memohon jadi pramugari atau Cabin Attendent (CA)..maka dipaparkan lah dalam drama ni macam mana latihan2 untuk menjadi CA.Ada juga unsur2 cinta tapi taklah berat sangat,itu pun nampak lebih kepada persahabatan.

Aku harap drama kat Malaysia pun melalui perubahan daripada asyik unsur tahyul,pergaduhan rumahtangga,kereta2 mewah golongan atasan..Sebab tak nampak banyak sangat faedahnya.
Kenapa tak fokus kepada benda2 lain,contohnya drama nak jadi juruterbang ke,atlit ke,supaya generasi akan datang ada cita2 & visi selepas tengok drama..Sekadar pendapat aku...

Pengaruh TV kan besar,kalau tidak tak kan lah ada budak yang sanggup terjun daripada rumah pangsa kerana nak tiru 'Superman'

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hoh cerita kucing kat eki tuh sampai masuk buletin utama aritu..
erm, dah lama tak tgk cite jepun nih, ade pelakon2 baru yg menarik tak?

KoudaGaijinsan berkata...

ahha...arituh ada drama 'zettai kareshi'..dia beli robot kareshi..
muka boleh tahan..mokomichi
http://www.ken-on.co.jp/hayami/index.html

pastuh tgk Attention Please..
Ueto Aya..drama 'Chiaki' version baru..release 2006..arituh pinjam dvd hehe
http://www.fujitv.co.jp/AP/index2.html