Rabu, 13 Ogos 2008

Melancong Musim Panas (Bab Dua)

Sabtu 9 Aug
Perjalanan yg panjang

Pagi ini kami bertolak jam 8 pagi menuju ke Otaru,bandar yang aku teringin sangat2 nak pergi kerana gambar pada chirashi (panflet) pelancongan yg cantik.Tempat duduk dalam bas pun sengaja diubah2 untuk membolehkan semua peserta menikmati pemandangan yang berbeza.

Sepanjang perjalanan aku dapat lihat gulungan2 rumput disediakan untuk makanan ternakan seperti lembu di musim sejuk nanti.Hokkaido juga terkenal dengan pengeluaran hasil tenusu.Berat seekor lembu semasa dilahirkan lebih kurang 40 kg, dan dewasa dikatakan boleh mencapai sehingga 300 kg!
Pemandangan di Dataran Ishikari yang saujana mata memandang dapat dilihat sepanjang bas menyelusuri lebuhraya.Rumah2nya boleh dikatakan warna-warni terutama di bahagian bumbung yang berbentuk segitiga,bagi mengelakkan salji berkumpul.

Nak tahu,di Hokkaido tak ada pokok buluh.Juga pokok limau dan kaki (apa pulak nama buah ni dalam bahasa melayu??)Padi pun asalnya tak sesuai ditanam di sini sebab musim panas yang pendek dan perbezaan suhu antara malam dan siang.Tapi berjaya ditanam dan pendek sikit daripada saiz pokok padi biasa.

Destinasi pertama kami adalah Muzium Konbu (rumpai laut).Ada bermacam2 info mengenai kebaikan konbu dan produk dipaparkan di sini.Juga boleh menikmati teh konbu percuma.

Seterusnya kami ke Onuma Park.Pemandangan tasik berlatar belakangkan gunung di sini sangat menarik.Malah lagu terkenal 'Sen no kaze ni natte' (Thousand Winds) tercetus ilhamnya berdasarkan pemandangan di sini.






Berhenti untuk makan tengahhari di Osyamambe,yang terkenal dengan kani meshi (nasi ketam)..Sedap!Asal kawasan ini terkenal dengan dengan nasi ketam adalah kerana di masa perang makanan yang ada hanyalah nasi dan isi ketam,maka lama kelamaan menjadi makanan yang terkenal dan 'trademark' kawasan ini.Ohh ya,ada juga ditanam bunga matahari berdekatan tempat rehat ini.



G8 Hokkaido Summit 2008 - Toyako
Setelah melalui jalan berbukit selama lebih kurang satu jam,kami sampai ke kawasan berlangsungnya G8 Hokkaido Summit 2008 - Toyako.Walaupun kami tak ke hotel di mana berlangsungnya summit ni,pemandangan Toyako saja sudah cukup indah dan angin yang nyaman.Tsuji san berkali-kali mengatakan kami antara kumpulan yang bertuah kerana cuaca yang baik & tidak berawan memobolehkan kami melihat pemandangan sejauh mata memandang.




Otaru..aku dah sampai
Di sebelah petang,akhirnya kami sampai ke Otaru...Bandar yang sangat2 aku nak lawati.Nak tahu,di sini antaranya terkenal dengan pembuatan peti muzik, barangan kaca dan lain2.Sebelum tu, sebaik sampai aje aku terus ke arah Terusan Otaru.Pemandangan di sini terkenal dan menjadi 'landmark' bandar Otaru,sampai aku pun bersemangat nak ambik plan ini kerana ada ke sini.Walaupun pemandangan waktu malam lagi cantik,tapi waktu siang pun bolehlah.Lepas tu,aku bersiar2 sekitar kedai2 yang banyak di sini dan akhir sekali ke kedai yg khusus membuat peti muzik.Bermacam2 jenis,bentuk dan harga peti muzik di sini...Yang paling mahal sempat aku tengok mampu mencecah 120K yen (lebih kurang RM3680)!Aku percaya ada yang lebih mahal dari tu kat sini,cuma tak dipamerkan kot,atau aku yang tak nampak...hehehe..
Apa pun aku beli juga,yang paling murah aje..bentuk rantai kunci..Jadilah buat kenang-kenangan ye tak???


Dalam jam 6 petang,kami bertolak ke bandar Sapporo,bandar terbesar di Hokkaido.Sempat juga lalu di Oodori Park,malam ni ada Beer fest..Ramai le makhluk mabuk kat sini..Oleh kerana malam ini tak ada makan malam yang disediakan,maka pemandu pelancong kami banyak memberikan tips2 kat mana yang bagus untuk makan..Apa boleh buat,dah ler banyak yg tak boleh makan,nak kena jalan sorang pulak..Aku jadi malas..Dah tu hotel pulak takder restoran.Nasib baik ada convenience store-Lawson (cam 7 E kat Malaysia tu) betul2 depan hotel,jadi aku pun beli je apa2 yg patut.Pastu terlelap dengan 'best'nya kat bilik yg sempoi jer nih...heheheh

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haiyohhhhh!aku nak ikut gakkk!hokkaido ikitakatta mada chansu ga nai naa!

KoudaGaijinsan berkata...

Mai cyan,jommm!!!road trip osusume