Selasa, 12 Ogos 2008

Melancong Musim Panas (Bab Satu)

Salam.




Hari ni dah masuk hari ke-5 cuti musim panas.



Cuti tak berjalan ke?Aku baru balik dua hari lepas.Pergi mana?Hokkaido!!

Bagi yang tak pasti Hokkaido kat mana,kalau tengok peta Jepun pulau yang paling utara dan juga negeri yang terbesar di Jepun.Lebih kurang besarnya 2.5 kali Malaysia kot.Kalau silap info,maafkanlah ye.Musim panas kat Jepun ni,Hokaido suasananya tak sepanas melekit macam kat Osaka.



Kali ini aku bercadang ambik pakej-tour sebabnya aku pi sorg dan nak pi dengan mode relax.Bajet pun ada dan aku pikir kalau bukan sekarang bila lagi?Masa belajar dulu,bajet ciput jer.Bagi aku kelebihan pergi dengan pakej (walaupun mungkin org kata buat apa,mahal jer) antaranya tak akan dapat info & cerita2 menarik pasal sesuatu tempat yang kita lawati.



Jumaat 8 Aug.



Bertolak dari Kansai



Bertolak daripada Kansai Airport ke Hakodate Airport.Sampai di Hakodate dah ada pemandu pelancong dah tunggu bersama 3 peserta lain.Sambil menunggu lagi 2 peserta,aku pun bergegas cari 'onigiri'(nasi kepal 3 segi) lapar sebab tak sempat nak makan tghhari masa kat Kansai tadi.Cuaca cerah,langit biru tapi yang seronoknya anginnya nyaman!Alhamdulillah,aku dah sampai Hokkaido.Hakodate,bandar ke-3 terbesar di Hokaido selepas Sapporo & Asahikawa, terletak di bahagian Selatan Pulau Hokkaido.






Rupa2nya ada 2 orang lagi tu 2 beranak-mak yang dah berumur & anak dia dalam pertengahan 40an ke 50an sambil menolak kerusi roda emaknya.Terharu betul aku,harap aku pun dapat bawa mak ayah aku jalan2 macam tu.Wah ada 6 orang tapi bas besar menunggu kami..!!!Ada lagi 5 sekeluarga akan menyusul semasa di Bay Area Hakodate nanti.




Hakodate

Destinasi pertama kami ke Trapistine Convent (kalau silap eja,maaf ye)..Hak ah,aku masuk melawat Convent,tak pernah seumur hidup aku.Kata pemandu pelancong tempat ni dibuka oleh 9 rahib yang didatangkan daripada Perancis.Kehidupan diorang,korang paham2 je lah,ala2 cam dalam cerita dalam TV selalu.Bukan boleh masuk sampai dalam pun setakat kat luar taman jer.Sempat juga aku jenguk ikut tingkap ke dalam gereja kecik kat pintu masuk tu,sambil dalam hati...macam ni rupanya.Ada pulak makcik (rahib?)yang terkejut tengok aku masuk kedai cenderamata diorang.



Lepas tu,kami bertolak ke 'Bay Area' Hakodate.'Free time' untuk membeli belah dan berjalan2.Bandar pelabuhan,bangunan pun ala2 macam gudang yg mana dikekalkan bentuknya.Sempat juga satu mamat jepun menegur,rupa2nya dia salah seorang penarik beca (ke lanca??)macam dalam gambar.Bagus betul budak2 muda kat sini,cari makan tengah2 panas, peramah juga dan tak lokek bila orang tanya arah jalan.Patung kucing ni cam menarik pulak.
Pemandangan Malam Hakodate
Seterusnya kami dijadualkan untuk melihat pemandangan malam daripada Mt Hakodate.Sebelum tu,kami akan ke hotel penginapan.Mengikut Tsuji san(pemandu pelancong),hotel hot spring tempat kami menginap antara yang terkenal di Hokkaido.Besar untuk aku yang lepak sorang tapi seronok dan makanannya sedap dan banyak makanan laut.Hot spring?Belum cukup berani nak masuk beramai-ramai dan mungkin tak tahan kepanasannya.Cukuplah sekadar bilik air di bilik saja.

Lepas makan malam,mandi & solat,kami bertolak ke Mt Hakodate.Mak datok,korg nak tahu jalan ke atas memang cukup2 untuk 2 biji bas lalu di tepi gaung dan gelap.'Respek' abang yang bawa bas ni!Mt Hakodate dahulunya adalah dikhususkan untuk tentera (khabarnya masih ada kesan terowong bawah tanah)tetapi telah akhirnya dibuka untuk kunjungan orang ramai.Maaf tak ada gambar pemandangan lagi kerana kamera aku tak ler hebat sangat untuk ambil gambar pemandangan yang cantik ni.Bila gambar yang diambil oleh jurugambar professional nanti sampai aku akan cuba muatkan.Pemandangan di sini terkenal kerana boleh nampai bentuk huruf 'h' dan disenaraikan antara yang tercantik di dunia sebaris dengan pemandangan di Napoli,Itali dan Hong Kong,kata Tsuji san.

Sambil balik,kami sempat nampak beberapa cahaya terang di tengah2 laut.Rupa2nya itu lampu 'Isaribi' - nelayan menangkap (candat?) sotong untuk jualan pagi esoknya.Yup Hokkaido memang terkenal dengan makanan laut yang segar dan sedap!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

waa..jelesnya saya! kenapa tiada gambar penulis?? rindu saya dengan penulis sebenranya :)) hehe

Pocket berkata...

btul tu btul tu,
nak kater rindu ngan sang hokkaido,
tak pernah la plak pocket gi hokkaido,
so rindukan sang penulis...

KoudaGaijinsan berkata...

mekacih...mekacih...muka penulis tak penting...
yg penting citer pengalaman yg best nih...hehehe

Tanpa Nama berkata...

halamak byk sungguh tempat menarik kat sana !i like2x!

-kemai-