Salam.
"Sejarah mengajar kita,menjadi lebih dewasa..."Ni lirik lagu duet Katijah Ibrahim & Ramli sarip dulu2.
Hari Sabtu lepas oleh kerana cuaca cerah,aku ambik peluang berjalan ke dekat2 Osaka juga.Tengok2 pamplet,menarik juga pergi NARA!
Cakap pasal Nara,aku teringat masa sibuk2 nak pilih universiti dulu.Belek2 majalah ternampak gambar pekan lama Jepun,sebijik macam dalam cerita 'Oshin'.Terus aku tanya'sensei',tempat ini kat mana?Dia kata ini Nara,terkenal sebagai bandar masa zaman Edo.Aku kononnya nak pilih universiti kat Nara ni,tapi tak disenaraikan.Yang paling dekat kat Osaka katanya,tapi apakan daya dengan keputusan ujian aku yang sederhana tu,jangan haraplah.
Aku sampai situ dalam 1:30 tengahhari,lepas dekat sejam naik 'tren'.Tambang 'West JR' dalam 780 yen ajer.Keluar daripada platform,aku dah nampak ramai 'foreigner' dan juga orang jepun yang macam aku juga nak berjalan2.Macam yang aku tengok kat internet,diorg memang berusaha untuk menyenangkan orang2 yg melawat ke Nara ni.Pamflet,peta, ada 5 pilihan bahasa.Walaupun ada pilihan untuk naik bas pelancong,fikir2 balik,cuaca bukan panas pun,kalau jalan boleh tengok macam2..Maka aku pun menapaklah.
Jalan yang diorang tunjukkan pun memang senang nak cari.Pembesar sura dipasang di sepanjang jalan utama ke tempat2 menarik jadi apa2 pengumuman boleh dibuat.Bangunan-bangunan pun dijaga dengan baik,kaunter penerangan pelancong lengkap tempat berehat,tandas yang bersih dan air teh percuma.
Apa yang menarik kat Nara?Kawan2 jepun bila aku tanya,diorang kata Rusa & Daibutsu - patung buddha..besar gila!Tapi aku malas nak pi tengok,buat apa.
Rusa-rusa kat sini diisytiharkan sebagai harta negara,memang jinak sampaikan kalau kita baring sebelah dia ambik gambar pon dia tak marah.Tanduk memang sengaja diorang potong untuk keselamatan katanya.
Antara yang menarik perhatian aku adalah komitmen orang muda (20-an,30-an)diorang.Contohnya mamat2 yang tarik beca,ye tarik bukan kayuh.Lengkap berpakaian cam ala2 dulu2.Maaf tak ada pulak aku ambik gambar.Ada juga yang ajak aku naik,tapi malas pula,macam kelakar je naik sorang2.Kalau kat Malaysia,pakcik2 yang berumur aje kebanyakannya.Tak kurang juga yang jadi sukarelawan, jadi 'guide' untuk pelancong2 dan ada yang mengedarkan peta dan sebagainya.
Kat Nara Machi (Machi = pekan),bangunannya masih kekal macam dulu2,sebijik macam yang aku tengok dalam majalah.Kalau ada pun yang diorg baikpulih,masih kekal bentuk & dicat nampak macam lama.Mengenal sesuatu bangsa melalui sejarahnya,menarik...memang menarik..
3 ulasan:
salmi ka.. :)
dulu pernah tgk jgak benda tuu...
eh benda plak, orang yang tarik beca tuu, tak ingat dah situation dan condition pocket masa tu tapi yang pastinya... dia amat lah hitam kerna kulitnya di bakar mentari.
suaranya garau tanda abih suara duk jadi tourist guide
badan nya kurus tapi muscle tanda dia banyak exercise jadi kuda.
nak wat jgak lah kat penang as a part time job. kut kut pocket pun buleh transform...
lumbu---> kuda
jaja..yup it's me...hisashiburi..
pocket,tashikani abang tuh memang macho...ahaks..boleh ler buat part time kayuh beca kat Penang hee..
Catat Ulasan