Salam.
Fuhh berabuk blog nih.Lama tak kemaskini,walaupun takder orang jenguk tapi tak boleh jadikan alasan kan?
Semalam aku cuti,menenangkan kepala yang tepu dengan mesyuarat2 besar setiap hari & bos yang suka memalukan anak buah depan orang.hmmm..takkan bercakap pasal kerja..bosan!!
Ke mana aku pergi?Ahha,menyampaikan hajat/impian sendiri nak menjejakkan kaki ke semua bumi Kansai ni.
Aku ke Wakayama semalam.Semuanya bermula apabila aku beli satu buku bergambar bertajuk 'Tama Ekicyou dayori'=Berita daripada Tama,Ketua Stesen.Siapa Tama?Ahha,tuh yang bertopi tu!Yep,Tama seekor kucing.
Kisahnya,pemilik kedai di stesen Kisi (nama tempat Tama berada) ada 3 ekor kucing,Tama,Chibi & Miko (ibu Tama).Semasa berniaga,sangkar kucing2 ni diletakkan berdekatan dengan stesen yang mana kadangkala menimbulkan ketidaksenangan sesetengah pengguna.Setelah merayu kepada pihak Wakayama Dentetsu (syarikat keretapi),satu idea telah timbul...
Oleh kerana ini adalah stesen yang tiada ketua stesen asal2nya,kenapa tidak dilantik kucing2 ini sebagai 'pegawai2'??Lagipun mereka disayangi oleh sesetengah penumpang.Maka jadilah kucing2 ini 'pegawai2' di stesen ini dan mengundang liputan seluruh Jepun.Malah ada yang datang dari jauh (termasuk aku ler,sebagai peminat kucing) untuk berjumpa & membelai kucing2 ini.
Selain itu,keretapi ke sini juga menarik...warna-warni & penuh mainan...!!!
Kreatif betul Jepun ni untuk menarik pelancong..Yang seronoknya,oleh kerana semalam tak ramai orang maka aku pun dapat bergambar dengan kucing2 ni & dapat sebiji 'peach' tempatan,hadiah daripada pemilik kucing2 ini...heheheh...cuti yang menarik..
2 ulasan:
lawanyee...btw chibi tuh ape? cuz ade kartun name chibi maruko-chan....what is chibi?
Hai..terima kasih kerana singgah kat sini..
Chibi maksudnya kecil(tiny).Chibi maruko cya,kartun wajib tu tengok kat sini setiap petang Ahad.
Catat Ulasan