Salam.
Tengok tajuk kat atas cam cerpen atau nak buat karya sejarah.
Sengaja jer,sebenarnya lebih kepada aku nak cerita aktiviti aku cuti CNY baru2 ini.
Dah lama aku tak berjalan2 atau melancong dengan kawan2 aku.Ya, aku bertuah kawan2 se'opis' suka juga berjalan2 ni.
Mulanya kami bercadang nak ke Bandung,tapi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan,kami tukar destinasi...Dekat sikit,Singapura..Tambah pulak,kalau pi Bandung ramai yang tak nak ikut.Bila ke Singapura ada 8 orang ok nak pi!....Antara tarikan utama ke sana,apa lagi 'shopping' barang branded.
Kalau selalu bergerak naik kereta atau kapal terbang,kali ini kami naik keretapi...Sebab ada antara kami yang tak pernah naik keretapi & merasa tempat tidurnya cemana.Untuk yang tak pernah mencuba,coach ini menyediakan 2 tingkat tempat tidur yang boleh memuatkan 40 orang.Tempat tidur bawah bagi aku lebih selesa dan besar,yang mana lebih mahal daripada tempat tidur atas.Cuma aku harap pihak KTM dapat memperbaiki kualiti koc & tandasnya yang 'harum semerbak' tu.
Esoknya kami sampai ke JB...Oleh kerana mungkin penat perjalanan masih ada,kami bercadang esok saja ke Singapura.Tambahan pulak hari itu hari raya Cina pertama...jadi mungkin banyak kedai yang tutup.Sempat juga ke salah satu pusat membeli belah di sini...Yang aku nampak,banyak betul 'gaijin' kat sini.Macam2 gaya,dan kebykannya cam dah selesa sangat sampai buat cam negara sendiri.
Perjalanan ke Singapura tak ambik masa lama,cuma kena turun naik untuk pemeriksaan imigresen yang agak leceh.Turun bas naik ke atas cop pasport & turun balik...Sesuatu yang baru.
Masuk ke Singapura pun sama juga.Sampai Singapura,imej negera bersih tak ada satu sampah pun yang ada dalam kepala aku...ada kawasan yang menepati imej,ada yang tidak.
Tandas di sini sama cam Jepun juga,tak ada hos!Bilangan surau dan masjid pun terhad.Sepanjang 2 hari ke sana kami solat di Masjid Sultan,Kampung Glam.Makanan di Kampung Glam pun banyak yang halal & sedap.Kepada peminat nasi beriani,silakan cuba.Rasanya korang takkan menyesal.Sebelum tu kami singgah sekejap di KFC (habis boikot sebulan kami),tapi percayalah...tak sesedap KFC di Malaysia.
Antara tempat2 yang kami lawati,Merlion,Esplanade, Pulau Sentosa,Orchard Road etc.Walaupun nampaknya 2 hari seperti tak cukup,tapi kaki sakit jugalah menapak.Tak apa,kalau umur panjang boleh lah kami datang lagi.
5 ulasan:
salmi, aku add ko ek :)
salmi....kfc sana halal tak?
heheeh saje je bikin terkejut..halal kot pasal website badan islam spore ckp fast food depa halal...ntah la.
waaa...apsla tak ckp nak turun JB..leh la singgah Batu Pahat hehe
hello salmi!!!lama tak dgr citer?aku kat perlih ni..kalau pi padang besaq tu ot2 le aku...jgn jadi cam syud..tak habaq pun pi perlih..:P
rey
Salam semua...sorry la lambat balas.
Jaja,thanx 4 adding me.Teringin nak lepak2 sembang dgn ko laa...lama giler tak jumpa.
Syud,aku rasa halal,dan ada cop halal.Kalau tak,takkan ler aku baham heee...
Kak Yan,
Sorry,terlupa nak tepon.Tapi kitorg naik train jer,takleh nak singgah.Turun jap drp ketapi boleh ler heeeee...
Ray,
Lama nya tak jumpa ko.Bg aku no tepon ko..e-mail add aku norsalmy@hotmail.com
Catat Ulasan