Salam.
Lama tak kemaskini blog.
Hmm fikir2 balik ala, bukannya ada orang lawat selalu pun ye tak.
Apa pun saja nak coret sikit pasal tajuk di atas.
Korang ingat tak masa kecik2 dulu macam mana kita berkawan??Kebanyakannya aku percaya 'unconditional friendship' la ye tak?Yang kita ingat nak main ajer.Tak kisah ler macam mana latar belakang orang tu.Sampailah orang dewasa campur tangan,contohnya,'jangan kawan dgn dia'...
Satu lagi kadang2 budak2 ni,dia suka buat klik (betul ker aku eja ni) atau geng tersendiri.Bila jadi apa sesama kwn2 nih, cam 'somebody have to choose side'...Sesama sendiri bisik2 la...AKu teringat lagi lagu yang dinyanyikan bila kawan2 bisik2 depan orang lain nih.."sik sik batang pinang,sapa bisik nak bertunang'...menunjukkan, bahawa orang dulu2 tidak membenarkan kita sok sek sok sek cakap rahsia 2 org jer depan orang lain.Kalau orang buat kat kita apa rasa,ye tak?Hidup ini roda,tak semestinya kita sentiasa berada di atas.
Kata kawan aku, alang2 nak berahsia...biar takder orang lain yang tahu melainkan diri kita ajer...Aku fikir betul juga.Sebabnya,kalau kita berkongsi dengan seseorang sahaja, kita takkan tahu mungkin satu hari nanti...backfired!Dan apa kata rakan2 lain di sekeliling yang kita dah berdalih atau tipu,tapi akhirnya tahu perkara sebenar??Terasa lah semestinya, tambah2 lagi bila entah macam mana, mereka dapat tahu juga perkara sebenar...Siapa yang akan percaya cakap kita lagi?Tapi orang zaman moden boleh dalih,kan...aku peduli apa dengan orang lain fikir...
Apa pun aku juga tidak sempurna.Selalu aku mengingatkan diri, kita patut layan rakan2 seperti mana kita nak dilayan.Tunaikan hak rakan2.Tutup aib rakan2.Kadang2 orang yang kita tolong 95%, tak semestinya akan pulangkan 'that favour' 95% juga.Bak kata pepatah, buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali.
Dah nak pagi, aku kena berhenti membebel ni.hahahah...
3 ulasan:
pasal ber rahsia,
rahsia yg sorang jer tau is rahsia,
rahsia yg 2 org tau is gossip,
rahsia yg 3 orang tau is pengetahuan am dah,
rahsia yg 4 org tau?
Might as well be written in the standard six textbook.
so.. yes,
rahsia.. biarkan kita sndiri simpan.
rahsia kita..
jgn dibagi tau plak yer :)
heheheh
(Ada ker?)
uikss...menarik makna rahsia yg hang tulis...keh keh keh..
rahsia kita berdua...nan desyou???
:)
tapi kalau yang wat jahat tuh 2 orang..jadik rahsia 2 orang la..atau rahsia keluarga ker..
rahsia juga kot..
Catat Ulasan