Inilah pertama kali dalam hidup nak mula buat blog.Oleh kerana hari ini tak ada kerja sangat seperti hari2 yg lepas,maka tulislah blog.hehehe,jgn marah..Apa pun berjanji dgn diri sendiri untuk kemaskini blog & menggunakan sebolehnya bahasa kebangsaan tanpa rojak2 dgn bahasa inggeris.tapi kalau tercampur juga,nak buat macam mana ek?
Hari ini hari raya Aidil Adha, orang2 kat Malaysia tengah cuti & beraya sakan,tapi aku tengah mengadap komputer di pejabat..bosan pulak..dah 3-4 kali tanya bos kat sini,ada tak apa2 kerja yang dia nak bagi & nak suruh aku buat,dia kata tak ada lagi lepak la dulu..
Jadi bolehlah berceloteh dalam blog kejap kan??
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku menjalani kehidupan sendiri kat negara orang ni.7 tahun yang lalu pernah sampai tapi semenjak balik ke Malaysia,inilah pertama kali aku kena tinggal di luar negara lebih daripada seminggu. Tapi kali ini berbeza sebab lepak kat kws bandar besar,Osaka (walaupun rumah aku jauh sikit daripada bandar Osaka)Agak berbeza jugak daripada masa duduk Fukui yang aku rasa macam dok kat Kedah aje perasaannya sbb byk sawah padi, turun kat eki(stesen keretapi) tak sesak semacam aje, pun tak ada orang nak langgar kalau tercangak2 baca papan tanda kat situ,aku lah satu2nya 'org luar' kat situ dll.Sesiapa ada pengalaman yg sama/berbeza??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan