Selasa, 25 Disember 2007

Jenayah kat mana pun sama..



Korang masih ingat lagi kisah Adik Nurin?Kejam betul orang (atau orang2) tu,dah dapat tangkap ke ha?Apa pun aku nak cerita sikit mengenai antara kes2 sensasi yang berlaku kat Jepun.

Dalam 3 minggu lepas, heboh kejadian 3 'bercucu'(nenek & 2 cucu perempuan) hilang drp rumah.Nenek dia tinggal bersebelahan dengan rumah keluarga budak2 ni,dekat juga ala-ala 2 kali lompat aje boleh sampai.Bapa budak2 (menantu si
nenek) ni jumpa kesan darah,basikal & telefon nenek hilang tapi bukan beg duitnya,kalau tak silaplah.Siasat punya siasat,penjenayahnya adalah adik ipar (mamat ni kahwin dgn adik perempuan dia) nenek tu.Pada mulanya, adik ipar ni hanya nak menjadikan nenek sbg sasaran tapi kerana kebetulan budak2 ni pun tidur di rumah neneknya malam tu,budak2 ni dipukul hingga mati sama.Dahsyat kan manusia ni??

Kes sensasi lagi.Ada satu mamat 'stalker' sukakan minah satu 'batch' dengan dia drp zaman universiti hinggalah diorg habis belajar.Minah ni dah dapat kerja sbg guru sementara (kalau tak silap) & bercadang untuk mendapatkan sijil & kerja tetap.Setiap pagi,mak dia hantarkan pergi kerja dengan kereta.Maka satu pagi,dengan berbekalkan kereta yang disewa & sebilah pisau,dia menghalang kereta dua beranak daripada keluar kemudian mengheret minah ni keluar & menikam dia!Mak minah ni pun cedera.Semua ini berlaku di depan rumah diorg dan orang tak sempat buat apa2,minah ni mati dalam perjalanan ke hospital.Motif mamat ini kerana suka yg teramat sangat, adalah,'kalau aku tak dapat minah ini,maka orang lain pun tak boleh!'Pelik kan manusia ni?

Kes yang hampir sama dengan yg kat atas.Seorang lelaki dengan selaras senapang patah,masukkan ke kelab sukan yg dia sertai dan menembak cikgu renang
(perempuan) & kawan baiknya.Kedua2nya mati dalam ambulans dan lelaki ini pula ditemui mati (bunuh diri) dekat rumahnya.Satu lagi, seorang lelaki masuk ke wad hospital dan menembak seorang lelaki yang polis sendiri tak nampak apa motif & kaitan antara kedua2nya.Akhirnya, lelaki ini dapat ditangkap dan dia mengaku tersilap tembak orang??!!

Nampak cam suram jer blog aku ni..hehehe..Sebenarnya, sejak dari dulu aku fikir Jepun ni lagi selamat drp Malaysia.Mak aku pun fikir camtu juga.Bila macam2 jadi ni,aku mula terfikir kat mana2 pun sama ajer,kena lebih berhati2.Hee...takut gak nak balik kerja sorang2 nih...Diorg tak byk masalah yg timbul drp PATI mcm kita kat Malaysia,tp masalah buli kat sini teruk juga sampai budak sekolah rendah pun bunuh diri sebab kawan2 sekelas tak nak cakap dengan dia..isk..isk..pelik,kan?


p/s:gambar hanyalah hiasan,takder kena mengena dgn yg hidup & yang mati....... (^_^)

4 ulasan:

Pocket berkata...

hummm...
basically kan ...
kat mano pun tak selamat, Yg kes nurin tu sekarang ni pun cam tak dengar lagi la plak sesapo kena tangkap.
Jepun memang, basically kan
manusia perlukan suma unsur
unsur dalam diri.
Satu tak cukup, surely satu lg
terlebih.
maybe kejayaan buleh dpt but ado kehilangan lain plak yg tak disedari.
so diorang dah bangun dari kekalahan perang dalam 50 tahun dah buleh mengatasi US.
cepat...
hebat...
tapi ado yang ilang...

Tanpa Nama berkata...

humm..aku pun masih geram ngan kes nurin tuh..tingat kat anak sendiri..tingin mkn eki soba..huhu

Tanpa Nama berkata...

hye kak salmy;)
hisashiburi!wahh,ade blog ye..
lame xjmpe ni,eheh!
dr bulan pose lg kate nk gather amai2 kan,last2 xjd,huhu!

KoudaGaijinsan berkata...

hmm..msia pun bakal jd cenggitu ke ha??nak maju tp macam2 hal jd..harap2nya tak la.
soba eki tuh mmg power..slurppp...mggu dpn nak pi makan aa!!!..ahaks,jgn mare..
rina..hisashiburi,thanx for stopping by..mmg nak buat gathering,tp bila e-mail semua henji nashi,cemana nak booking tempat??takper,ada peluang balik nnt kita pi jenjalan cari mkn ok ka???