Selasa, 25 Disember 2007

Kawan


Kawan.Teringat lagu Ruhil Amani dulu2..tajuk 'Kawan' kan?Rasanya tak ada seorang pun yang boleh kata dia tak perlukan kawan.Tapi kalau ada juga,orang macam mana la dia tu ek?Dalam seminggu ni macam2 benda aku tahu drp tgk tv kat Jepun ni.Korang nak tahu,sekarang ni ada jual DVD yang bila kita pasang, seolah kita berada di meja makan bersama2 beberapa orang lagi.Ada pilihan nak meja makan untuk berapa orang,meja bulat/panjang, hidangan makan tengah hari ke untuk sambut krismas etc.Mesti korang rasa pelik,kan?Hehhehehe,aku pun rasa nak gelak pun ada,kesian pun ada kat orang yang cipta & orang yang beli.Maka tak terbukti ke manusia sebenarnya perlukan kawan walaupun hanya untuk temankan dia makan,kan?

Kalau kat pejabat pun kalau korang perhati betul2,boleh nampak mesti ada 'klik' tersendiri.Ada 'klik' mak2 orang,ada 'klik' geng bujang,'klik' suka keluar dgn bos(?),dan macam2 lagi.Tak tahu la korang setuju atau tidak,tapi selalunya aku boleh dapat berita2 terkini (gossip opis,berita semasa,bonus dll) drp 'klik' mak2 orang (^_-) V.Aku cakap (atau sebenarnya menaip nih)berdasarkan pengalaman masa kat Malaysia & skrg kat Jepun.Lagi satu seronok bila diorg buka cerita pasal keluarga terutama anak2 masing2.Oya baka da ne...b(^_^)d

Satu lagi, kawan memang dapat mempengaruhi siapa kita,betul tak?Aku pun drp asalnya penuh dgn 'slang/loghat Utara skrg ni bila balik kg jiran2 kata loghat aku dah tak 'pure' :P.Dulu mana ada guna 'ek' kat hujung ayat..La ni?Hehehe..Kalau ada kawan asyik 'mengulat' aje,silap2 kita pun terikut juga sekali.Ibarat kalau berkawan dengan pembuat minyak wangi,kita pun tumpang wangi sekali...tapi kalau berkawan dengan tukang besi (teringat Orlando Bloom dlm 'Kingdom of heaven') kita pun kekadang terasa bahang...hmm..mana aku dengar perumpamaan ni haa??
Setakat ini alhamdulillah,aku dikurniakan dengan kawan2 yang baik dan sekepala.Teringat zaman muda2 (hmm tuanya aku),'chatting' dgn member2 (yg rumahnya takler jauh beno pon) sampai ke Subuh pastuh keluar ramai2 layan 'Soba Eki'..perghh saikou (sedapnya soba makcik kat Eki tuh)..Teringin gak nak keluar makan tghhari,makan malam,'jalan2 cari makan'(contohnya pi Bagan Lalang arituh,memang 'best' la geng!!) dan melancong ke tempat2 yang tak pernah pergi.Teringin nak 'sembang2 kosong' dalam kereta masa keluar hujung minggu..Really miss u guys..ahaks..b(^-^)d
p/s: kepada tuan punya gambar & kaki dalam gambar di atas..aku pinjam ek gambar nih...heeeeee

Tiada ulasan: