Khamis, 20 Disember 2007

MUSLIM di negara orang...


3 minggu lepas, kawan sepejabat ajak berjalan2 ke Himeji Castle.Selalunya kalau pi jalan2 kat Malaysia memang kongsi2 bayar segala2nya,tp org jepun lain pulak,selalunya lelaki yang paling tua atau senior yang bayarkan jadi hari tu suami dia bayarkan maka aku berjalan ala2 percumalah. :)
Sampai Himeji nak dekat tgh hari,diorg sekeluarga ambik keputusan mkn dulu baru jalan2.Aku ikut aje,sambil mata melilau cari tempat sesuai nak solat & tinjau keadaan tandas.Nasib baik bawa 'kole' sebab tandas bukan jenis ada 'washlet' atau pili cam kat Malaysia.Teringat kalau pergi KLCC atau Midvalley,seksa betul.Nak buat ala2 'washlet' ler kononnya tapi hampeh..Satu lagi, bila berwuduk nak basuh kaki,tunggu bila orang tak ada..kenapa???kang diorg rasa geli pulak tgk aku basuh kaki kat sinki :P (walaupun ikut2 kaki kita ni la lagi bersih sbb 5 kali basuh ye tak?)
Tempat paling sesuai solat nampaknya kat tempat letak kereta aje lah.Sejuk (sekarang musim sejuk) tak terkata, tapi ditabahkan hati ni.Maka bersolatlah di tgh2 tempat letak kereta tu (antara kereta kwn ni dan kereta lain)..Susah juga nak kawal drp telekung terselak drp belakang sbb angin mak dato..bukan sepoi2 bahasa punyalah..
Esoknya,pi tgk motor show pulak dgn kawan2 yg lain, sekali lagi tempat letak kereta merupakan tempat yang paling ok untuk solat.Dah hampar sejadah tu,ada juga yang menoleh nak tgk apa yg kita buat,tp orang2 jepun bandar ni byk yg 'buat2 tak kisah'..
Kawan aku nih banyak gak tanya pasal Islam & budaya orang Melayu macam mana jadi aku pun terangkanlah.Katanya apa yg dia dgr & baca lain,tapi dia lagi faham & rasa lega dah tanya :D
Apa yg aku nak sampaikan sebenarnya,banyak org2 jepun (terutama sekali yg muda2) walaupun tak memilih utk 'beragama' tp mereka menghormati hak kita menunaikan ajaran agama kita.Kalau cakap baik2 nak solat ke,diorg sanggup tunggu kita selesai solat dulu..hari itu,bila nak bagi kuih,aku diutamakan pilih kuih yg boleh dimakan sambil diorg tgkkan bahan2 dlm kuih tu..
Solat kat tempat lapang tu lain pulak 'feel'nya berbanding solat kat surau pejabat.Selalunya bila nak solat kat surau,ramai pulak yg tgh rancak berborak (kalau terbaca maaf ye).Luas terbentang je depan mata,patutlah kat sesetengah negara diorang buat solat jemaah tempat lapang..Antara kelebihan hidup di negara bukan Islam ni:-



  1. dapat ingat balik & praktik asas2 belajar masa kat kelas agama dulu.contohnya mcm mana nak kenal waktu solat (sbb tak ada org azan atau pengumuman masuk waktu di radio :P)berdasarkan pergerakan matahari (kes terlupa nak tgk waktu solat kat internet),penentuan kiblat dll.

  2. syukur dilahirkan di Malaysia (w/pun ada org yg tak suka jd org Malaysia), byk kemudahan utk solat dsb.

  3. mengajar lebih berhati2 bila nak beli makanan,mmg belek 'ingredients' punyalah.Kalau kat Malaysia agak kita perhati habis2an tak??

  4. dapat tunjukkan dan menghilangkan salah faham orang Jepun agama bukan sesuatu yang susah untuk diamalkan & kita bukannya 'pengganas' seperti yg di'label'kan,

Ada lagi nak tambah???

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

fuyooo selamat dtaang ke dunia blog!

misah berkata...

salam perkenalan

KoudaGaijinsan berkata...

hai..terima kasih kerana melawat blog yg tak seberapa ini...chewaaaahhhh.....

Pocket berkata...

ado lagi nak tambah...
hummmm... terasa heran ngan orang orang yang kat negara yang berkumandang azan sari lima kali tp still 'minum' tapi yang kat jpung sana tu... terpaksa basuh cawan minuman tu pun
(cerita gangga la nii )
terasa jijik nak minum ... tte apasal yek ?


Selamat datang ke dunia blog ...
layan la adsense cam yang yan promote tuu...:D heh
am putting your link in my pocket

KoudaGaijinsan berkata...

hmm apasal ha??
mak kata (chewahh),dgn bermusafir kita dapat mengenal/menilai perangai kawan..setakat ni,bila pi jln2 mana mmg boleh nampak aa..kalau selama ni kwn kita tuh jenis 'cool' jer ke,bila pi melancong mana2 dpt tgk betul atau takk :)
dengan musafir,kekadang manusia boleh berubah,samada jadi lg baik...atau sebaliknya...
jd kita yg mana???