Jumaat, 28 Disember 2007

OL (Office lady)


Sejuknya cuaca kat luar.Hujan drp subuh tadi tak berhenti lagi..Jadi apa lagi,melepak kat rumah kemaskini blog lah.Mulai hari ini kitorg cuti 10 hari.10 hari juga tak payah mengadap komputer 9~6..tapi kat rumah aku 'online' juga hehehe..
Hujung bulan Oktober,hari terakhir aku kat pejabat masuk jumpa ketua jabatan.Dia kata sebenarnya risau hantar aku pi 'on job training' kat Jepun sebab dia kata ikut budaya kerja Jepun, nanti diorg suruh aku bancuh kopi/teh ajer..Yang mana aku pun masa tu fikir sama ajer ala dalam drama Jepun yang aku minat dulu2, ' Syomuni',cerita pasal OL (Office Lady).Bukan dia sorg ajer cakap macam tu, sebelum tu salah sorg 'senior' berjawatan kat pejabat tu pun cakap,'haa..silap2 hang pi bancuh teh ajer!'Wahh,masa tu aku berdesing telinga & rasa tercabar pulak berbanding masa Ketua Jabatan cakap (sebab dia cakap ala2 prihatin).Ye lah,siapa yang lagi lama duduk Jepun ni???

Dah duduk sini 2 bulan barulah aku tahu,tak semua perempuan kena bergilir masakkan air panas, bancuh kopi (tu pun guna 'coffee maker'), kemas 'pantry' dll.Ok lah untuk yang tertanya kenapa,mari aku nak ceritakan.Kat pejabat syarikat ini pekerja2 di bahagikan kepada dua aliran ->'personal' & 'career'.Aku tak pasti pasal kelulusan tapi aku rasa kebanyakannya habis Kolej atau Universiti.

'Career' seperti yang diorg bgtau aku, kebanyakannya lelaki (segelintir ajer perempuan termasuk aku ler tu) buat kerja2 yang kalau kat Malaysia macam pegawai,eksukutif dll.'Personal' pulak ditugaskan membantu 'Career staff' dengan tugas masing2.Tolong telefon 'follow-up report',buat salinan report,kerja2 pentadbiran,dll termasuklah kemaskan pantry & buat kopi secara bergilir2 macam aku cakap kat atas tadi.Dalam jabatan aku sekarang ni,banyak kaum2 ibu la yg jadi 'personal staff' nih.Kerja diorg efisyien sama aje macam 'career staff' cuma bidang tugas yang berbeza,tak perlu balik lambat 'overtime' sangatlah kiranya, yang aku rasa sesuai sebab diorg tepat ajer 5:30 dah tutup komputer dan terpaksa berkejar nak ambik anak drp sekolah & siapkan makan malam.

Bila teringat kata2 orang kat pejabat kat Malaysia,aku terfikir teruk sangat ke kalau jadi pembancuh teh??Atau lebih tepat 'personal staff' (atau Admin assistant kat Malaysia)??Aku perhatikan ada satu mamat ni,bila pembantu dia ('personal staff') bercuti satu hari tu,gelabah juga dia dibuatnya bila terpaksa siapkan kertas kerja & bawa pergi mesyuarat lepas itu.Terkial2 dia nak 'scan' (sbb dia kata tak pernah buat) & tak sempat nak buat salinan & 'stapler',maka dia minta aku pergi naik bas dulu ke mesyuarat tu..haaa..bukankah masing2 saling memerlukan walaupun tugas 'akak-akak' tu sangatlah mudah di mata orang lain??

Maka aku rasa,walau apa pun kerja atau pangkat orang tu kita kena hormat walaupun dia sekadar pencuci tandas di pejabat kita.Tak payah seminggu cuba kalau satu hari dia tak datang??Kalau bertembung ucaplah salam (kalau muslim) atau sapa ajer lah dia. Aku pun dapat juga seorang 'pembantu',muda drp aku tapi kitorg sama2 janji,dia nak gilap dia punya bahasa Inggeris,aku pulak bahasa Jepun jadi kami tolong-menolong satu sama lain lah..

Kalau korang nak tahu,bila diorang tak guna 'san' selepas nama kita (ini dalam budaya Jepun lah dipanggil 'yobisute',kalau negara luar mmg tak guna,kan?) ini menunjukkan diorang menganggap taraf kita sebagai 'bawah' diorg cthnya 'senior'=>'junior','bos'=>'staff' , 'cikgu'=>'murid' dll..Kalau aku silap,maaflah ye,tapi ini yg diorg bgtau aku la..Aku ingatkan sebab dah rapat tak payah 'formal' lagi dah guna 'san' tu..
Satu lagi, aku rasa kalau orang tu mula drp bersusah payah drp bawah,dia akan lebih memahami atau hormat pekerja bawahan dia.Masa mesyuarat jabatan semalam pun ada seorang ketua kumpulan 'sound' anak buah dia depan semua orang yg aku fikir,'perlu ke dia buat begitu depan semua orang??Tak boleh panggil bersemuka berdua aje ke??Anak buah pulak,jangan ler ambik kesempatan kalau bos anda tu baik dengan anda..Kalau tetiba dia 'meletup' apa cerita??
Entahlah ini pendapat aku ajer....
Terpanjang pulak..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokaa..shirankkata;p ingatkan sbb dah kamcing giler,dats why san tu dibuang,huhu;p

Tanpa Nama berkata...

eh aku ingat dah baik sgt tadek la san tu deshooo???member2 rapat aku semua tak panggil san dahhh ..sbb rapat ..hehe tatau plak sbb depa pandang rendah ke hahaha.aiyarkkk konfius!

-mai-

KoudaGaijinsan berkata...

aku pun ingat cam tuh memula..
diorg kata, member baik pon akan guna 1st nama + cyan,kan?
aku pikir balik,betul gak...