Sabtu, 1 Ogos 2009

Bebudak & rahsia

Salam.
Lama tak kemaskini blog.
Hmm fikir2 balik ala, bukannya ada orang lawat selalu pun ye tak.
Apa pun saja nak coret sikit pasal tajuk di atas.

Korang ingat tak masa kecik2 dulu macam mana kita berkawan??Kebanyakannya aku percaya 'unconditional friendship' la ye tak?Yang kita ingat nak main ajer.Tak kisah ler macam mana latar belakang orang tu.Sampailah orang dewasa campur tangan,contohnya,'jangan kawan dgn dia'...
Satu lagi kadang2 budak2 ni,dia suka buat klik (betul ker aku eja ni) atau geng tersendiri.Bila jadi apa sesama kwn2 nih, cam 'somebody have to choose side'...Sesama sendiri bisik2 la...AKu teringat lagi lagu yang dinyanyikan bila kawan2 bisik2 depan orang lain nih.."sik sik batang pinang,sapa bisik nak bertunang'...menunjukkan, bahawa orang dulu2 tidak membenarkan kita sok sek sok sek cakap rahsia 2 org jer depan orang lain.Kalau orang buat kat kita apa rasa,ye tak?Hidup ini roda,tak semestinya kita sentiasa berada di atas.

Kata kawan aku, alang2 nak berahsia...biar takder orang lain yang tahu melainkan diri kita ajer...Aku fikir betul juga.Sebabnya,kalau kita berkongsi dengan seseorang sahaja, kita takkan tahu mungkin satu hari nanti...backfired!Dan apa kata rakan2 lain di sekeliling yang kita dah berdalih atau tipu,tapi akhirnya tahu perkara sebenar??Terasa lah semestinya, tambah2 lagi bila entah macam mana, mereka dapat tahu juga perkara sebenar...Siapa yang akan percaya cakap kita lagi?Tapi orang zaman moden boleh dalih,kan...aku peduli apa dengan orang lain fikir...

Apa pun aku juga tidak sempurna.Selalu aku mengingatkan diri, kita patut layan rakan2 seperti mana kita nak dilayan.Tunaikan hak rakan2.Tutup aib rakan2.Kadang2 orang yang kita tolong 95%, tak semestinya akan pulangkan 'that favour' 95% juga.Bak kata pepatah, buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali.

Dah nak pagi, aku kena berhenti membebel ni.hahahah...

Ahad, 28 Jun 2009

Bos aku & falsafahnya

Salam.
Lama tak kemaskini blog.
Tetiba pagi ini teringat apa yang GM aku cerita masa dia datang business trip.
Selama ini aku tak pernah sembang2 biasa dengan dia, selalu report pasal kerja saja.
Orangnya kecik ajer, tapi kalau bab ilmu pasal kerja dia tak lokek untuk ajar kalau kita tanya.

Kalau angin dia tak elok, memang kena sembur kalau itu salah kita.Tapi, kalau dalam mesyuarat dia akan pertahankan anak buah dia, balik opis...masuk bilik dia baru dia 'basuh' cukup2.Ok lah kan, dia tak memalukan anak buah dia depan orang lain.Bagi aku, tak ramai orang atasan drp kalangan orang kita boleh macam itu.

Masa dia datang tu, dia ada tanya cemana keadaan aku kerja kat Jepun.Aku kata setakat ini ok,cuma aku tak dapat nak belajar cemana yang dia nak.Dia kata, dia faham kekadang Jepun ni suka gak kedekut ilmu.

Apa yang dia ajar, bos kena banyak bersabar & rajin ajar anak buah.Tapi masa yang sama kena biarkan anak buah buat sendiri dan buat salah.Bila salah baru tunjuk kat mana dia buat salah.Sebabnya ilmu seorang bos yang dah lama bekerja takkan sama dengan anak buah yang baru 6 tahun kerja (aku ler tuh).

Lagi satu dia kata, kekadang orang ni tak pandai nak buat keutamaan dalam hidup.Contohnya tang kereta.Apa yang terkini atau mahal pada kereta dia?'Sound system'...'Make-up kereta'...
Tapi tayar...kalau boleh beli 2nd hand,harga murah...Aku fikir betul gak.Itu trend org Melayu tambah lagi yang muda-mudi nih...Dia kata banyak yang abaikan bab-bab keselamatan ni.Macam mana boleh bawa keluarga,kawan2 dalam kereta cenggini???

Baju bagi dia tak perlu berjenama.Tapi kasut, biarpun mahal,janji sedap pakai. walaupun kita mampu beli 1 jer..Kerana kot mana pun bila sedap pakai,kasut tu juga kita bedal.Satu lagi, kalau beli kasut murah cepat rosak,dah berkali2 beli tak ke campur2 semua mungkin sampai satu harga kasut mahal yang kita pakai lama????

Isnin, 4 Mei 2009

Roadtrip to the East


Salam.

Letih baru balik jalan2 hujung minggu.Sempena dapat cuti 3 hari.

Tapi aku masih lagi minta cuti hari ni,'foresee' yang aku akan letih,kebetulan pulak aku akan melangkah ke satu dunia baru arinih...Beli rumah!

Hmm bukan nak cerita pasal beli rumah.Ingat nak cerita pasal trip ke Redang.Yup,aku pi Redang dengan kawan2.Perjalanan pergi & balik alhamdulillah,selamat cuma masa nak balik banyak kereta...Maklumlah masing2 'aim' untuk bercuti waktu yang sama.


Dah lama tak buat 'roadtrip' ke Pantai Timur.Yang terakhir pi kenduri kawan2 kat Kelantan.Among the best thing,dapat sembang2 dengan kawan2 sepanjang perjalanan.Dapat kongsi pengalaman memandu sepanjang jalan.Bila balik, atau satu hari nanti ,you can use the phrase,hey remember when I drove from X to Y and we saw these things??? Ataupun, yeah I took more times driving than her,I am a slow driver...She's better than me!!...Ataupun, everytimes at traffic light,aku mati enjin daa....


Well, kali ni aku lost all the above conversation..Hahaha,aku ke yg 'particular'?Maybe a friend's good intention of saving times so that we can arrived earlier than we should being mis-interpreted & it bothers me?Ego kot aku nih...hehheh.Mungkin, tapi suara2 negatif di belakang telinga aku kata, your friend doesn's trust you being behind others' steering (or maybe own also?asyik bawa tersenggut2 jer...hehehe).Hey,roadtrip among friends...share responsibility it's better laa...Selalunya kalau naik dgn lelaki,tak boleh dielakkan,ini pertama kali pulak dengan kawan2 perempuan.Anyway, looking at positive side...thanks for driving all the way...


Guy friend of mine pernah kata,dia rasa lega bila mak ayah dia tidur lena masa dia tengah memandu.Sekarang aku paham maksud dia.Berada di tempat sebagai pemandu atau orang yang memberikan tanggungjawab memandu kepada orang lain-maksudnya kita sebagai penumpang.

Setakat ini mak ayah aku rasa ok bila aku memandu,boleh terlelap.Mungkin sebab diorang pon tak pandai memandai kot.Tapi mak aku pernah kata,kalau dia seriau bila seseorang memandu,dia akan rasa juga.

Sabtu, 18 April 2009

Kucingku & Zon Jajahannya...


Salam.
Aku balik kampung 2~3 hari.Saja nak jenguk mak ayah.Sambil2 tu "refresh" diri drp kerja.
Saja nak cerita kisah kucing aku,yang mak aku namakan 'Pok-pok Serendah'.Pok-pok kerana corak badannya,'serendah' sebab dia renek masa tu.Itu alasan mak aku kenapa dia namakan kucing dia camtuh.
Oleh kerana mak ayah aku lama kat hospital dulu,ditambah pulak aku lama tinggalkan rumah kat sana,aku bawa balik dia utk jadi 'pest control' kat rumah tu.Berkesan juga nampaknya,Alhamdulillah.
Serendah atau lepas ni aku rujuk sbg 'Srnd',sebenarnya pemalu abis!Kalau kawan2 aku datang rumah,tu dia....dia pi menyorok.Tapi ada satu pagi,lepas dia jenguk melalui lubang bawah pintu,dia tahu ada kucing lain kat luar pintu!Aku buka je pintu,tu dia...dia pi terkam kucing tu dan halau sampai ke pagar...Lepas puas hati kucing tu belah sambil tarik nafas 'huh' (aku tak tipu..dia memang buat)dia patah balik ke dalam rumah minta 'frieskies' utk sarapan pagi.
Kat sini (kat Kedah) pulak dia tak senang duduk sebab kat rumah ni ada 2-3 ekor lagi dok ulang alik masuk keluar rumah.Dok pantau sapa keluar,sapa masuk,cium sana,cium sini,kawat ke depan ke belakang...hehehe...kelakar pulak aku tengok.Sampai tak lalu sangat nak makan,baring pun tak senang nampaknya...
Itu kucing...Kalau korang ada terbaca akhbar pagi tadi.Ada pegawai imigresen kita yang sewenang2nya bagi rakyat asing masuk keluar negara kita tak ada dokumen yang sah.Patut2 diorg ni 'berkursus' atau ambil contoh daripada kucing cemana nak jaga negara,daerah atau tanah jajahannya dengan penuh dedikasi & integriti...Ye tak?

Ahad, 22 Mac 2009

Tahniah...Semoga berkekalan

Salam.
Apa khabar?Aku sebenarnya letih sikit memandu siang tadi.Pi mana?
Baru balik daripada Jengka,pi kenduri kawan aku Ounis.
Sedondon berbaju putih hari ni.Kitorang sampai pun dah terlewat, orang ramai dah balik,lauk pun dah nak habis.Rupa2nya Cik Rina kita yang jadi camera woman.
Tahniah Ounis & isteri...Dan juga Fadzley & isteri...Semoga berkekalan ke akhir hayat.
Sebelum tu kami ke Kampung Awah,kenduri sedara kawan aku.
Ini pertama kali aku memandu ikut Karak & LPT.Sebelum ni zon bukit bukau tu banyak aku serahkan pada kawan aku yang lebih 'berbakat' memandu.Tapi hari ini aku cuba juga.Cuak tuh memang ada,tapi berhati2lah kan.Nasib baik aku tak perlu melalui zon berbukit-bukau ni untuk balik kampung!
Seronok gak sekali-sekala pi 'roadtrip' dengan kawan2 aku.Kenapa?Hmm,biasa2 waktu makan memanglah boleh sembang2,tapi bila dah dok dalam kereta lama2 (dekat 3~4 jam,ikut cara aku memandulah) macam2 cerita menarik keluar.Dan kita dapat mengenal lebih dekat kawan2 kita.
Betullah kata orang tua2,kalau bermusafir boleh menguji persahabatan kita.
Ada sesapa nak komen?

Jumaat, 6 Februari 2009

Palestine, Apa peranan kita?

Salam.

Hari Selasa baru2 ni, opis kami menjemput Ustaz Ridzuan datang bagi ceramah.Inilah yang membuatkan aku rasa sayang nak tinggalkan opis aku sekarang,sebab selalu diadakan ceramah dan majlis2 Agama lain.



Untuk pengetahuan korang, Ustaz ni baru jer balik drp Rafah.Dia cerita macam mana kesengsaraan saudara2 kita di sana hasil drp bom fosforus,daripada umur beberapa bulan je sampai kepada orang dewasanya.Semuanya tabah menghadapi cabaran.Dapat juga jumpa pemimpin2 Hamas di sana,walaupun dalam perang,mereka sangat berbesar hati bantuan yang diberikan & masih cuba memberikan layanan terbaik kepada tetamu.Mereka ditempatkan di hotel,walaupun ustaz & rombongan minta nak ke hospital.Tapi tidak dibenarkan kerana itulah sasaran utama Israel.Hotel tersebut menempatkan ramai wartawan,jadi Israel tak nak menjatuhkan imejnya dgn mengebom hotel yang penuh dgn wartawan!



Dia berterima kasih ke atas sokongan kita walaupun sekadar mengadakan demonstrasi atau tunjuk perasaan cam yang terpampang di dada akhbar.Cuma yang Ustaz ingatkan,derma2 yang diberi oleh orang ramai mungkin tak sampai ke tangan yang sepatutnya.Kerana Israel memerangi Hamas,tapi kutipan seluruh negara kita ke Fatah!Kata Ustaz,sekarang musim sejuk.Dia pi pun dah pakai 3~4 lapis pun terasa sejuk.Selalu dia nampak saudara2 Palestine kita,mengutip sampah2 dan membakarnya,dan berkumpul ramai2 untuk memanaskan badan.Dalam masa yang sama melintas sekali sekala helikopter Apache Israel nak cari mangsa!Teringat aku masa 2 hari sebelum keluar rumah kat Jepun masa belajar dulu,dan tidur tak ada heater masa musim sejuk.Berbekalkan hanya selimut sekeping,memang terasa beku!Aduhai saudara2 Palestine ku.



Apa yang kita boleh bantu?Bagi aku, boikot produk2 Israel adalah antara sokongan yang boleh aku tunjukkan.Selain itu,menulis dalam blog ni pun (walaupun aku tak rasa ramai yang singgah) salah satu cara aku nak menolong.kengkawan sekelian mari kita doakan saudara2 kita di Palestine sana!



P/s : Gambar tu menunjukkan mafla yang aku beli pada Ustaz.Ustaz bawa balik daripada Gaza.Tulisannya maksud lebih kurang, "Gaza milik kami mutlak"

Ahad, 1 Februari 2009

Menjejaki Bumi Temasik




Salam.


Tengok tajuk kat atas cam cerpen atau nak buat karya sejarah.


Sengaja jer,sebenarnya lebih kepada aku nak cerita aktiviti aku cuti CNY baru2 ini.


Dah lama aku tak berjalan2 atau melancong dengan kawan2 aku.Ya, aku bertuah kawan2 se'opis' suka juga berjalan2 ni.


Mulanya kami bercadang nak ke Bandung,tapi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan,kami tukar destinasi...Dekat sikit,Singapura..Tambah pulak,kalau pi Bandung ramai yang tak nak ikut.Bila ke Singapura ada 8 orang ok nak pi!....Antara tarikan utama ke sana,apa lagi 'shopping' barang branded.


Kalau selalu bergerak naik kereta atau kapal terbang,kali ini kami naik keretapi...Sebab ada antara kami yang tak pernah naik keretapi & merasa tempat tidurnya cemana.Untuk yang tak pernah mencuba,coach ini menyediakan 2 tingkat tempat tidur yang boleh memuatkan 40 orang.Tempat tidur bawah bagi aku lebih selesa dan besar,yang mana lebih mahal daripada tempat tidur atas.Cuma aku harap pihak KTM dapat memperbaiki kualiti koc & tandasnya yang 'harum semerbak' tu.
Esoknya kami sampai ke JB...Oleh kerana mungkin penat perjalanan masih ada,kami bercadang esok saja ke Singapura.Tambahan pulak hari itu hari raya Cina pertama...jadi mungkin banyak kedai yang tutup.Sempat juga ke salah satu pusat membeli belah di sini...Yang aku nampak,banyak betul 'gaijin' kat sini.Macam2 gaya,dan kebykannya cam dah selesa sangat sampai buat cam negara sendiri.
Perjalanan ke Singapura tak ambik masa lama,cuma kena turun naik untuk pemeriksaan imigresen yang agak leceh.Turun bas naik ke atas cop pasport & turun balik...Sesuatu yang baru.
Masuk ke Singapura pun sama juga.Sampai Singapura,imej negera bersih tak ada satu sampah pun yang ada dalam kepala aku...ada kawasan yang menepati imej,ada yang tidak.
Tandas di sini sama cam Jepun juga,tak ada hos!Bilangan surau dan masjid pun terhad.Sepanjang 2 hari ke sana kami solat di Masjid Sultan,Kampung Glam.Makanan di Kampung Glam pun banyak yang halal & sedap.Kepada peminat nasi beriani,silakan cuba.Rasanya korang takkan menyesal.Sebelum tu kami singgah sekejap di KFC (habis boikot sebulan kami),tapi percayalah...tak sesedap KFC di Malaysia.
Antara tempat2 yang kami lawati,Merlion,Esplanade, Pulau Sentosa,Orchard Road etc.Walaupun nampaknya 2 hari seperti tak cukup,tapi kaki sakit jugalah menapak.Tak apa,kalau umur panjang boleh lah kami datang lagi.


Sabtu, 17 Januari 2009

2009 ~ Hidup Baru


Salam.


Ini pertama kali aku kemaskini blog utk tahun 2009.

Tumpang dah boleh guna Celcom Broadband nih..

Ya, aku dah selamat pulang ke Malaysia.No more being a Gaijin!!

Sedang berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Bukannya aku tukar tempat kerja pun,masih di jabatan yang sama aku tinggalkan setahun yg lepas,cuma menggalas tanggungjawab yang lebih sikit...Bekerja di negara orang memberikan aku sedikit pengalaman & perspektif baru.Dalam proses berkongsi pengalaman sedikit demi sedikit dengan2 yang lain.Azam tahun ni,nak jadi pro-aktif, optimis & kerja lebih teratur!

Balik ke sini mengembalikan aku kepada aktiviti2 masa lapang yang aku suka tetapi terpaksa ditinggalkan.Contohnya lepak dengan kawan2 bila ada masa lapang,jalan2/melancong & bersukan.Dok kat Osaka bukan tak boleh buat,peluang terhad dan takder geng yg best...

Perubahan lain,masih dok di rumah yang sama tapi kali ni lepak dengan kucing aku plak..heheheh..Boleh tgk pose menarik dia kat sebelah tuh...