Ahad, 8 Mac 2015

Eropah - aku datang bhg 1 (Negara : NETHERLANDS)

25/Apr/2014 - Perjalanan bermula

  Alhamdulillah, masa yang aku tunggu-tunggu dah tiba! Malam ini aku dan 2 orang lagi rakan akan bertolak daripada KLIA - Schipol (via Dubai) menggunakan penerbangan Emirates.
  KUL - DXB (Dubai)  110am - 420 am (820 am waktu Malaysia). Seperti biasa, aku sukakan tempat duduk yang lebih ke hadapan,Alhamdulilla kali ni sebab booking awal (bulan 10 lagi dah beli) maka aku dapatlah.Sepanjang perjalanan, tak boleh melelapkan mata, maka layan filem-filem dalam ICE je.

Our flight route
   Penerbangan kami sampai seperti dijadualkan di Dubai International Airport Terminal 1.Oleh kerana baru masuk waktu Subuh, kami pun cari tandas dan surau untuk solat sebelum ke balai perlepasan untuk penerbangan seterusnya.Mengenai Dubai International Airport ini sangatlah besar, yang mana kalau nak ke sektor Eropah kami mesti ke Terminal 3.Nasib baik, aku pilih waktu transit lebih kurang 3-4 jam jadi sempatlah nak tukar terminal, lepak2 jap.
   Bila pandang skrin TV berdekatan, baru kami perasaan, penerbangan kami ada sedikit kelewatan. Kupon-kupon makan pun diedarkan.Apa lagi, kami naik ke tingkat dua ada restoran yang menyediakan buffet.Akhirnya penerbangan kami bertolak lebih kurang pukul 11 pagi (3 petang waktu Malaysia) dan dijangka sampai pukul 5 petang waktu Asterdam (12 malam waktu Malaysia).

25/Apr : Amsterdam - kami dah sampai!


   Sampai sahaja di airport dalam 5 petang, perasaan letih dah bertukar jadi teruja! Letih sepatutnya ini dah masuk waktu tidur (12pm MST kan), teruja sebab aku akhirnya sampai bumi Eropah, yeay! Pemeriksaan kastam ke atas barangan yang dibawa pun bagi aku biasa, tidak seketat semasa ke New Zealand.Masa tu kena buka tunjukkan apa barangan terutama makanan satu persatu, yang mana serunding daging kena ditinggalkan kerana bekas plastic retak sikit semasa pengendalian bagasi.
   Lepas selesai semua, cabaran seterusnya adalah mencari jalan ke hotel.Tapi sebelum tu mari bergambar depan airport dulu!Airport Schipol ini menarik sebab kalau tengok daripada luar Nampak macam shopping mall jer. Kami tanya pada kaunter pertanyaan yang berdekatan macam mana nak ke hotel West Side in, Amsterdam. Memang belasah ajer ni.


   Kami ambik keretapi daripada Schipol dan kemudian naik tram.Esoknya baru kami tahu yang naik bas lagi senang dan straight forward.Nak heret beg lagi,kan...Well, itulah namanya traveller, penuh cabaran dan dugaan. Kalau tourist, dok jer dalam bas pelancongan, semua orang uruskan,ye tak? Masyarakat kat sini baik hati nak menolong, malangnya kami ada kekangan bahasa.OK my Japanese language ability was almost useless here :D .Setelah berpusing2 dekat 2 jam, akhirnya kami pun sampai ke hotel dengan bantuan seorang hamba Allah yg juga muslim.
   Hotel kami ini diluar Bandar Amsterdam, kerana banyak hotel di Amsterdam dah penuh dan mahal, sebabnya, baru kami tahu, esoknya adalah "King's Birthday" - public holiday! Hotelnya OK, selesa untuk bermalam 2 hari.Kedai-kedai halal, contohnya ada kedai roti dan pizza yg halal berdekatan, kerana di sini ada foreigner muslim. Rancangan asalnya kami nak jalan-jalan, bergambar sakan di Bandar Amsterdam lepas check-in dan refresh ourselves, sebab "bateri" kami pun dah tinggal satu bar je dan "jet-legged" akhirnya Berjaya mengalahkan kami, jadi malam ni baik tidur je la...zzzzZZZZzzzz.

[Hotel di Amsterdam - West Side In]

26/Apr : Jom cari Tulip & Kincir angin!
Route jalan-jalan kami 26/4

      Setelah puas berehat semalam, kami plan bertolak awal pagi ke destinasi yang sangat dinanti-nantikan, Keukenhof Garden - tengok tulip! Taman yang dipenuhi dengan tulip ini hanya dibuka lebih kurang 2 bulan sahaja setiap tahun dan pihak pengurusan akan mengumumkan bila taman akan dibuka serta tiket-tiket boleh dibeli secara online.Oleh kerana hari ini juga adalah cuti umum - "King's Birthday" maka  lagi lah kena pergi awal-awal kan? Kawan aku dah beli tiket bas dari Schipol Airport - Keukenhof.Sesampai di perhentian bas, kami orang pertama :D. Semangat sungguh lah kan.
[ Keukenhof ]

    Sesampai jer di sana, dah ada yang sampai sampai tapi ler ramai lagi.Oh ya, semasa "King's Birthday" kebanyakan rakyat tempatan berbaju Oren. Sebenarnya daripada masa kitorang sampai lagi dah Nampak kemeriahan, cuma dek keletihan semalamnya, jadi tak sempatlah kami meronda Bandar Amsterdam.

     Masuk ajer ke dalam taman, WOW!Sangat teruja dengan kecantikan taman ini.Ada berates-ratus jenis bunga, majoritinya adalah jenis tulip.Apa lagi bergambar sakanlah kami.Selain itu yang menarik perhatian juga adalah gerai menjual keju, Windmill, pekerja-pekerja yang berpakaian tradisional dan sebagainya.Gerai menjual strawberry segar pun ada, mana boleh lepas peluang, walaupun secawan harganya 6 euro (dlm RM25.00).Kami menghabiskan masa setengah hari juga di sini, ye lah kan, nak dating punyalah jauh, taman hanya dibuka dalam 2-3 bulan sahaja setahun, cuaca pun cerah dan pemandangan Masya-Allah, cantik!




    














     Destinasi seterusnya, kami nak ke Zaanse Schans, sebuah kawasan/pekan yang mempunyai windmill, muzium dan sebagainya, satu lagi tempat yang menarik untuk dilawati dan semestinya bergambar!

[Zaanse Schans]

    Ada banyak cara untuk sampai ke sini.Kami memilih untuk menggunakan keretapi daripada Schipol Airport - ada pertukaran line. Orang-orang tempatan masih lagi sibuk ke sana ke mari sempena King's Birthday, macam-macam gelagat.Kami turun di stesen Koog-Zaandijk (setelah pelbagai episod lucu) dan berjalan lebih kurang 15-20 minit untuk sampai ke Zaanse Schans.Dalam perjalanan rumah-rumah dan bangunan di sekitar cantik dan menarik.Saya terbau seakan-akan bau coklat, rupa-rupanya ada kilang koko berdekatan!

Pemandangan yang cantik serta cuaca yang nyaman di sini.Pelancong pun ramai yang datang melawat. Malangnya saya tak banyak gambar di sini sebab kehabisan bateri.Jadi pengajaran, sentiasa ada spare battery ketika mengembara begini.






    Setelah puas bergambar di sini, kami pulang semula ke Schipol Airport.Mulanya ingat nak ke Bandar Amsterdam, untuk mencari papan tanda "I am Amsterdam" walaupun kaki dah lenguh, badan dah penat, ditambah factor "jet legged".Tapi nasib kami baik, rupanya papan tanda tersebut ada juga di depan Schipol Airport, yeay, kami ceria kembali, sebelum bergegas pulang ke hotel, solat Jamak Asar Zohor.Sempat kerana waktu siang sangat panjang,dan suasana masih cerah walaupun jam 8 malam.Maka tamatlah seharian kami di Netherlands,singkat, penat tapi syok! Esok kami akan berangkat ke Belgium pulak.



    

Khamis, 19 Februari 2015

My journey to the West (Europe) - Kembara ke Eropah

   Dah dekat setahun berlalu, tapi masih teringat lagi macam2 perasaan masa kat Eropah ni.
Tema kembara saya dan 2 lagi rakan kali ini adalah, " jalan2 sambil ziarah kawan2 kat sana".

   Route asal yang kami rancang/ambik adalah seperti berikut:

Kul -> Dubai -> Amsterdam (Netherlands) -> Brussels (Belgium) -> Munich (Germany) -> Vienna (Austria) -> Paris (France) -> Dubai -> Kul


My Europe tour route map


   Kalau melihatkan route di atas, agak jauh juga perjalanannya.Memandangkan trip ini, masa terhad: kami berjalan dalam 12 hari termasuk travelling day, dan bajet sedang-sedang ajer.Bagi yang berpengalaman dan dok rajin study route, memang nampak macam tak kena jer route di atas (unless you have lots of budget and time to travel) terutama daripada Vienna ke Paris balik.

  Even my friends did ask, what was I thinking when buying flights ticket coming from Amsterdam and go back through Paris? Alasan saya mudah jer, tak fikir apa2 pun, beli dulu tiket dan kemudian kita fikirlah cemana nak jayakan rancangan berjalan ni...hahahah

   Satu lagi, kenapa saya ambik transit flight instead of direct flight?

1) Masa tu Emirates ada promotion, MH tak ada promotion.
2) Teringin nak naik A380...yes, Emirates use A380 flight to European destination.
3) Saya tak suka/takut naik kapal terbang, terutama yang memakan masa berbelas jam. Jadi transit seolah-olah bagi saya "rehat di darat" untuk seketika.
4) Lama tak pergi Dubai International Airport.Kali terakhir saya ke sana pada 2009, itu pun tak sempat merayau-rayau dalam tu.

  Jadi trip kali ini, kami menggunakan hampir semua jenis pengangkutan.Kenapa saya kata hampir semua? Sebab tak berpeluang guna feri atau kapal sahaja.Seperti saya katakan pada no. 3) di atas, jadi kawan-kawan terpaksa layan saya mengelakkan naik kapal terbang sebanyak mungkin...hehehe...sorry geng. Instead, I like to travel by train! My dream is to try and travel using all bullet train in the world.Nampaknya setakat ini berjaya naik shinkansen (Jepun) sahaja lah...Oleh kerana Eropah ada jaringan keretapi yang bagus, mai lah kita cuba, ye tak!!!

   Mengenai tarikh pulak, kami pergi drp 25/Apr~7/May.Kenapa?Antara sebabnya nak berpeluang ke Keukenhoff garden di Amsterdam, cuaca tak sejuk sangat dan saya ada cuti seminggu masa ni :) .


Rabu, 18 Februari 2015

2015 - Masa untuk kemaskini travelog!

Assalamualaikum.
Lamanya tak menulis!Post pasal travel ke Korea pun terbengkalai...haisshh.

Ok, kebetulan dapat cuti panjang ni, mari kemas kini blog.

Harap coretan perjalanan kali ini dapatlah dihabiskan sebelum aku naik kerja balik.

Tahun 2014, banyak suka-duka. Tak lupa tahun yang bagi aku "mega travel"...

Senarai Negara yang dilawati dah bertambah, Alhamdulillah, diberi peluang untuk berjalan tengok bumi yang Allah ciptakan ni.

1) Jepun - belajar dan kerja2) Indonesia - 2006 - 2013 banyak sebab kerja; melancong ada jugak la
3) Thailand - 2009-2011 sbb kerja
4) Singapura - 2010, 2012
5) UAE - 2009
6) Cambodia - 2011
7) New Zealand - 2011,2012
8) Australia - 2012
9) China - Shanghai - 2012
10) Vietnam - 2012
11) South Korea - 2013


12) Arab Saudi (umrah) - awal 2014

> Europe tour Apr-May 2014
13) Netherland 
14) Belgium
15) Germany
16) Austria
17) Slovakia
18) Hungary
19) France

Ya, aku dah melangkah ke benua Eropah, yey!!
Insya-Allah I will share the story soon :)



Ahad, 23 Jun 2013

Korea Selatan kami datang! - 31/May-8/June/13 (Day 1)

DAY 1 - 31/May - 1/June

 
As-salam.
Baru aku sedar masa kami sembang-sembang sebelum boarding, dah setahun ruapnya aku tak berjalan-jalan dengan geng opis.Kali terakhir trip kami adalah ke Perth tahun lepas.Hujung tahun lepas aku ke New Zealand, Australia dan bulan April dengan kawan-kawan yang lain.Being busy travelling but with another group hehehehe...

Anyway, lets continue.

Kali ini kami naik Malaysian Hospitality (MH) kerana bila buat perbandingan dengan AA, nampaknya lebih berbaloi dengan MH.Makan, bagasi, hiburan semua dah masuk dalam harga tiket pergi balik, senang gitu...

Nampak macam penuh je kapal terbang malam tu, maklumlah dah cuti sekolah.Juga oleh kerana hari Jumaat, jadi yang mana tengah business trip pun akan balik juga.Aku berdoa semoga penerbangan kami selamat dan tenang, tak jadi masa penerbangan Sydney-Auckland, 3 jam yang menyeksakan bergegar tak ingat weiiii...Nanti akan diceritakan dalam kemaskini cerita North New Zealand...thanks to my friend for taking that pic, priceless huhuhuh
Perjalanan lancar despite ada gegaran yang menyebabkan kapten kapal suruh krew duduk, berderau gak aku dibuatnya.

Sampai ke negara ke-11

Alhamdulillah, kami sampai di Incheon Airport pukul 730 pagi.Kastam kat sini tak seperti di Australia atau New Zealand yang minta kita isytihar barang makanan yang dibawa dan sebagainya.Selamat.Kawan aku siap bawa bekalan cili padi seperti biasa.Sementara tunggu Namsan 2 ambik kami, kawan2 aku pi beli T-money untuk memudahkan kami naik subway nanti...T money tu macam kad touch n go kita la.Jadi kami bajet dalam 30,000 won akan digunakan dalam seminggu ini.Kali ini kami ikut apa yang forum/blogger lain cadangkan, lepak Namsam juga.Tunggu punya tunggu rupanya Namsan tak uruskan apa2 pon.Maybe they missed the e-mail or something.

Jadi kami ambik keputusan nak naik airport bus sahaja.Belum sempat bas sampai ada mamat mendekati kami.Rupanya kat Seoul pun ada "ulat" juga.Dengan bayaran 50,000 won + 8,000 won duit tol, kami pun naik teksi ke Namsan.Malas nak ulas lanjut pasal pakcik dan teksi ni sebab dia pangil aku Ajuma (makcik) dan tak percaya aku 30an,cissss.....

Sampai kat Namsan 2 (terletak dekat dengan Myeongdon station) lebih kurang pukul 11pagi, punyalah banyak beg beratur dan orang Malaysia dan Indonesia yang tinggal kat sana.Mungkin semua rujuk blog yang sama kot.What to do.Oleh kerana tak boleh check-in (2pm) lagi, kami ambik keputusan lapik perut ala kadar, tinggalkan beg bawah khemah dan tinjau kawasan sekitar.  
Kawasan membeli-belah

Setelah menapak dan melilau lebih kurang 30 min,sampai lah kami ke Namdaemun market.Punyalah ramai orang hari Sabtu ni.Yang bergerai, yang menjaja macam2 ada lah bak kata orang.Daripada t-shirt sehinggalah beg tangan.Oleh kerana aku bukan kaki shopping aku pandang gelagat orang je lah,nothing in particular to search or buy except sourvenirs.But that can wait, baru 1st day kan?Enjoy the pic.

Satu lagi yang aku perasan orang Korea ni terutama sekali makcik-makcik tak akan elak kalau bertembung dengan orang, dia pakai langgar je apa yang ada depan dia.Berbanding dengan jepun,diorang kurang sikit lah kesopananannya.Kalau kita berjalan lambat sikit dan menghalang jalan dia, ada yang mendengus dan redah je kita.Berebut tempat duduk dalam subway jangan cakaplah.


Brader2 yang sibuk promo gurutare
Yang ini pulak kedai yang menjual manisan gurutare (lupa nama dia,ni aku agak2 jer)...ada keluar dalam TV dulu.Masa awal2 sedap, lembut aje.Tapi setelah beberapa lama keras sikit.Anyway you can try.Kalau nak beli souvenir,pendapat aku kat sinilah yang murah terutama sekali kedai2 di tingkat atas berbanding kedai2 tingkat bawah juga Doota Arirang.Murah macam mana?Kami dah tengok semua, ada satu kedai ni almost 40-50% murah daripada Arirang tu.Tapi terpulanglah ikut bajet dan kesempatan masing2 untuk survey,kan...
Ohh ya, kami jumpa kebab halal berdekatan exit 4.Rasa pon ok, cuma tak ada kambing.Kami balik ke Namsan 2 untuk check-in, lunch dan refresh ourself. Namsan 2 ni kebanyakannya keluarga yang sewa.Kemudahannya bolehlah, ada mesin basuh dan sabun serbuk disediakan, ada roti, kopi percuma di dapur.Enough for budget travel.Cuma tak ada lif ye, kalau ada beg berat,siap la...Bilik simple aje cukup untuk kami berempat dan ada bilik air dan TV di dalam.



Jalan-jalan petang

Jalan mendaki untuk sampai ke tempat naik kereta kabel
Rancangan petang, kami nak ke Namsan Tower yang mana kata staff kat Namsan ni jalan tak jauh.Memang lah tak jauh tapi kena jalan mendaki bukit...perghhh...oh ya, kalau nak jalan-jalan di Seoul tanpa tour group arrangement, pastikan anda sanggup turun naik subway, jalan berbukit dan sepasang dua kasut yang comfy ya.Bila balik baru kitorang tahu ada lif untuk ke platform naik kereta kabel ke Namsan Tower tuh..huhhuhuh...

Ada dua cara nak naik ke Namsan Tower ni.Samada naik kereta kabel atau pun menapak naik.Huh, tak sanggup menapak naik bukit1.2km,turun ok lagi.Bukannya aku fit pun.Punyalah ramai orang menunggu nak naik.Bila sampai je kereta kabel,semua orang naik dah macam sardin kat dalam tu.Ruangnya besar dan tiada tempat duduk macam kereta kabel kat Queenstown, NZ.


Bila sampai di atas, boleh nampak pemandangan Seoul, bagi pasangan2, diorang sibuk pasang mangga kat sini semoga hubungan berpanjangan kononnya.Dah petang kitorg pun balik hotel, berehat dan bersiap sedia untuk esok pulak.


Kereta kabel ke Namsan Tower
Tu bukan pokok tapi mangga atau pad lock

2013 - daku kembali ke sini

As-salam.
Selamat pagi kepada yang singgah!

Lama sungguh tak kemaskini blog.Tetiba pagi ini terfikir nak jenguk,dah 3 tahun tinggal!
Kenapa nak mula balik?Saja-saja dan mungkin bagus sebagai pengganti diari berjalan-jalan aku.

Apa yang dah dibuat selama 3 tahun?Macam-macam ada.Tapi yang pasti,semasa duduk melepak sambil minum kopi dengan sorang kawan, baru aku aku sedar dah jauh aku ni berjalan!Dalam diam-diam takut nak naik kapal terbang tu...Jadi sepatutnya aku catitkan supaya tak lupa, bukan nak berlagak ya... :D.Banyak lagi negara yang patut masuk dalam wishlist aku ni.Setakat ini yang pernah sampai:

1) Jepun - belajar dan kerja
2) Indonesia - 2006 - 2013 banyak sebab kerja; melancong ada jugak la
3) Thailand - 2009-2011 sbb kerja
4) Singapura - 2010, 2012
5) UAE - 2009
6) Cambodia - 2011
7) New Zealand - 2011,2012
8) Australia - 2012
9) China - Shanghai - 2012
10) Vietnam - 2012
11) South Korea - 2013

Cuma tak satu pun yang aku kemas kini dalam blog...haissshhh...kena mula balik daaa...
so I should start from the very latest... :).

   Aku pernah terbaca yang bermusafir ada faedah tersendiri dan digalakkan dalam Islam selagi kita tidak menyalahi perintahNya.Juga kita dapat menambah pengalaman dengan melihat keindahan bumi ciptaan Allah dan budaya serta cara hidup masyarakat luar.

   
  Selain itu, kita juga dapat mengenal hati budi rakan semusafir.Yelah selama ini kita berjumpa sekejap-sekejap ajer, bila bermusafir, 24/7 bersama, letih suka duka semua boleh nampak.Betul dan saya setuju!

Sabtu, 17 April 2010

I am back...2010 new beginning


Salam.

Dah lama aku tak kemas kini blog ni.

Bukan apa, tahun lepas sibuk dengan Alza.Awal2 tahun baru ler dapat waktu2 rehat sikit.


2010 ni banyak betul perubahan yang berlaku.

Takk..tak, aku tak jadi kurus...hehehe..


Antara benda2 baru:aku dah ada rumah sendiri (tak payah menyewa lagi), kawan aku berhenti kerja Perodua,aku dah mula perbaik dan perelokkan rumah, dapat komputer baru (akhirnya) kat opis dan macam2 lagi.


OK setakat ini dulu kot.Jumpa lagi, blog!

Sabtu, 1 Ogos 2009

Bebudak & rahsia

Salam.
Lama tak kemaskini blog.
Hmm fikir2 balik ala, bukannya ada orang lawat selalu pun ye tak.
Apa pun saja nak coret sikit pasal tajuk di atas.

Korang ingat tak masa kecik2 dulu macam mana kita berkawan??Kebanyakannya aku percaya 'unconditional friendship' la ye tak?Yang kita ingat nak main ajer.Tak kisah ler macam mana latar belakang orang tu.Sampailah orang dewasa campur tangan,contohnya,'jangan kawan dgn dia'...
Satu lagi kadang2 budak2 ni,dia suka buat klik (betul ker aku eja ni) atau geng tersendiri.Bila jadi apa sesama kwn2 nih, cam 'somebody have to choose side'...Sesama sendiri bisik2 la...AKu teringat lagi lagu yang dinyanyikan bila kawan2 bisik2 depan orang lain nih.."sik sik batang pinang,sapa bisik nak bertunang'...menunjukkan, bahawa orang dulu2 tidak membenarkan kita sok sek sok sek cakap rahsia 2 org jer depan orang lain.Kalau orang buat kat kita apa rasa,ye tak?Hidup ini roda,tak semestinya kita sentiasa berada di atas.

Kata kawan aku, alang2 nak berahsia...biar takder orang lain yang tahu melainkan diri kita ajer...Aku fikir betul juga.Sebabnya,kalau kita berkongsi dengan seseorang sahaja, kita takkan tahu mungkin satu hari nanti...backfired!Dan apa kata rakan2 lain di sekeliling yang kita dah berdalih atau tipu,tapi akhirnya tahu perkara sebenar??Terasa lah semestinya, tambah2 lagi bila entah macam mana, mereka dapat tahu juga perkara sebenar...Siapa yang akan percaya cakap kita lagi?Tapi orang zaman moden boleh dalih,kan...aku peduli apa dengan orang lain fikir...

Apa pun aku juga tidak sempurna.Selalu aku mengingatkan diri, kita patut layan rakan2 seperti mana kita nak dilayan.Tunaikan hak rakan2.Tutup aib rakan2.Kadang2 orang yang kita tolong 95%, tak semestinya akan pulangkan 'that favour' 95% juga.Bak kata pepatah, buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali.

Dah nak pagi, aku kena berhenti membebel ni.hahahah...

Ahad, 28 Jun 2009

Bos aku & falsafahnya

Salam.
Lama tak kemaskini blog.
Tetiba pagi ini teringat apa yang GM aku cerita masa dia datang business trip.
Selama ini aku tak pernah sembang2 biasa dengan dia, selalu report pasal kerja saja.
Orangnya kecik ajer, tapi kalau bab ilmu pasal kerja dia tak lokek untuk ajar kalau kita tanya.

Kalau angin dia tak elok, memang kena sembur kalau itu salah kita.Tapi, kalau dalam mesyuarat dia akan pertahankan anak buah dia, balik opis...masuk bilik dia baru dia 'basuh' cukup2.Ok lah kan, dia tak memalukan anak buah dia depan orang lain.Bagi aku, tak ramai orang atasan drp kalangan orang kita boleh macam itu.

Masa dia datang tu, dia ada tanya cemana keadaan aku kerja kat Jepun.Aku kata setakat ini ok,cuma aku tak dapat nak belajar cemana yang dia nak.Dia kata, dia faham kekadang Jepun ni suka gak kedekut ilmu.

Apa yang dia ajar, bos kena banyak bersabar & rajin ajar anak buah.Tapi masa yang sama kena biarkan anak buah buat sendiri dan buat salah.Bila salah baru tunjuk kat mana dia buat salah.Sebabnya ilmu seorang bos yang dah lama bekerja takkan sama dengan anak buah yang baru 6 tahun kerja (aku ler tuh).

Lagi satu dia kata, kekadang orang ni tak pandai nak buat keutamaan dalam hidup.Contohnya tang kereta.Apa yang terkini atau mahal pada kereta dia?'Sound system'...'Make-up kereta'...
Tapi tayar...kalau boleh beli 2nd hand,harga murah...Aku fikir betul gak.Itu trend org Melayu tambah lagi yang muda-mudi nih...Dia kata banyak yang abaikan bab-bab keselamatan ni.Macam mana boleh bawa keluarga,kawan2 dalam kereta cenggini???

Baju bagi dia tak perlu berjenama.Tapi kasut, biarpun mahal,janji sedap pakai. walaupun kita mampu beli 1 jer..Kerana kot mana pun bila sedap pakai,kasut tu juga kita bedal.Satu lagi, kalau beli kasut murah cepat rosak,dah berkali2 beli tak ke campur2 semua mungkin sampai satu harga kasut mahal yang kita pakai lama????

Isnin, 4 Mei 2009

Roadtrip to the East


Salam.

Letih baru balik jalan2 hujung minggu.Sempena dapat cuti 3 hari.

Tapi aku masih lagi minta cuti hari ni,'foresee' yang aku akan letih,kebetulan pulak aku akan melangkah ke satu dunia baru arinih...Beli rumah!

Hmm bukan nak cerita pasal beli rumah.Ingat nak cerita pasal trip ke Redang.Yup,aku pi Redang dengan kawan2.Perjalanan pergi & balik alhamdulillah,selamat cuma masa nak balik banyak kereta...Maklumlah masing2 'aim' untuk bercuti waktu yang sama.


Dah lama tak buat 'roadtrip' ke Pantai Timur.Yang terakhir pi kenduri kawan2 kat Kelantan.Among the best thing,dapat sembang2 dengan kawan2 sepanjang perjalanan.Dapat kongsi pengalaman memandu sepanjang jalan.Bila balik, atau satu hari nanti ,you can use the phrase,hey remember when I drove from X to Y and we saw these things??? Ataupun, yeah I took more times driving than her,I am a slow driver...She's better than me!!...Ataupun, everytimes at traffic light,aku mati enjin daa....


Well, kali ni aku lost all the above conversation..Hahaha,aku ke yg 'particular'?Maybe a friend's good intention of saving times so that we can arrived earlier than we should being mis-interpreted & it bothers me?Ego kot aku nih...hehheh.Mungkin, tapi suara2 negatif di belakang telinga aku kata, your friend doesn's trust you being behind others' steering (or maybe own also?asyik bawa tersenggut2 jer...hehehe).Hey,roadtrip among friends...share responsibility it's better laa...Selalunya kalau naik dgn lelaki,tak boleh dielakkan,ini pertama kali pulak dengan kawan2 perempuan.Anyway, looking at positive side...thanks for driving all the way...


Guy friend of mine pernah kata,dia rasa lega bila mak ayah dia tidur lena masa dia tengah memandu.Sekarang aku paham maksud dia.Berada di tempat sebagai pemandu atau orang yang memberikan tanggungjawab memandu kepada orang lain-maksudnya kita sebagai penumpang.

Setakat ini mak ayah aku rasa ok bila aku memandu,boleh terlelap.Mungkin sebab diorang pon tak pandai memandai kot.Tapi mak aku pernah kata,kalau dia seriau bila seseorang memandu,dia akan rasa juga.

Sabtu, 18 April 2009

Kucingku & Zon Jajahannya...


Salam.
Aku balik kampung 2~3 hari.Saja nak jenguk mak ayah.Sambil2 tu "refresh" diri drp kerja.
Saja nak cerita kisah kucing aku,yang mak aku namakan 'Pok-pok Serendah'.Pok-pok kerana corak badannya,'serendah' sebab dia renek masa tu.Itu alasan mak aku kenapa dia namakan kucing dia camtuh.
Oleh kerana mak ayah aku lama kat hospital dulu,ditambah pulak aku lama tinggalkan rumah kat sana,aku bawa balik dia utk jadi 'pest control' kat rumah tu.Berkesan juga nampaknya,Alhamdulillah.
Serendah atau lepas ni aku rujuk sbg 'Srnd',sebenarnya pemalu abis!Kalau kawan2 aku datang rumah,tu dia....dia pi menyorok.Tapi ada satu pagi,lepas dia jenguk melalui lubang bawah pintu,dia tahu ada kucing lain kat luar pintu!Aku buka je pintu,tu dia...dia pi terkam kucing tu dan halau sampai ke pagar...Lepas puas hati kucing tu belah sambil tarik nafas 'huh' (aku tak tipu..dia memang buat)dia patah balik ke dalam rumah minta 'frieskies' utk sarapan pagi.
Kat sini (kat Kedah) pulak dia tak senang duduk sebab kat rumah ni ada 2-3 ekor lagi dok ulang alik masuk keluar rumah.Dok pantau sapa keluar,sapa masuk,cium sana,cium sini,kawat ke depan ke belakang...hehehe...kelakar pulak aku tengok.Sampai tak lalu sangat nak makan,baring pun tak senang nampaknya...
Itu kucing...Kalau korang ada terbaca akhbar pagi tadi.Ada pegawai imigresen kita yang sewenang2nya bagi rakyat asing masuk keluar negara kita tak ada dokumen yang sah.Patut2 diorg ni 'berkursus' atau ambil contoh daripada kucing cemana nak jaga negara,daerah atau tanah jajahannya dengan penuh dedikasi & integriti...Ye tak?

Ahad, 22 Mac 2009

Tahniah...Semoga berkekalan

Salam.
Apa khabar?Aku sebenarnya letih sikit memandu siang tadi.Pi mana?
Baru balik daripada Jengka,pi kenduri kawan aku Ounis.
Sedondon berbaju putih hari ni.Kitorang sampai pun dah terlewat, orang ramai dah balik,lauk pun dah nak habis.Rupa2nya Cik Rina kita yang jadi camera woman.
Tahniah Ounis & isteri...Dan juga Fadzley & isteri...Semoga berkekalan ke akhir hayat.
Sebelum tu kami ke Kampung Awah,kenduri sedara kawan aku.
Ini pertama kali aku memandu ikut Karak & LPT.Sebelum ni zon bukit bukau tu banyak aku serahkan pada kawan aku yang lebih 'berbakat' memandu.Tapi hari ini aku cuba juga.Cuak tuh memang ada,tapi berhati2lah kan.Nasib baik aku tak perlu melalui zon berbukit-bukau ni untuk balik kampung!
Seronok gak sekali-sekala pi 'roadtrip' dengan kawan2 aku.Kenapa?Hmm,biasa2 waktu makan memanglah boleh sembang2,tapi bila dah dok dalam kereta lama2 (dekat 3~4 jam,ikut cara aku memandulah) macam2 cerita menarik keluar.Dan kita dapat mengenal lebih dekat kawan2 kita.
Betullah kata orang tua2,kalau bermusafir boleh menguji persahabatan kita.
Ada sesapa nak komen?

Jumaat, 6 Februari 2009

Palestine, Apa peranan kita?

Salam.

Hari Selasa baru2 ni, opis kami menjemput Ustaz Ridzuan datang bagi ceramah.Inilah yang membuatkan aku rasa sayang nak tinggalkan opis aku sekarang,sebab selalu diadakan ceramah dan majlis2 Agama lain.



Untuk pengetahuan korang, Ustaz ni baru jer balik drp Rafah.Dia cerita macam mana kesengsaraan saudara2 kita di sana hasil drp bom fosforus,daripada umur beberapa bulan je sampai kepada orang dewasanya.Semuanya tabah menghadapi cabaran.Dapat juga jumpa pemimpin2 Hamas di sana,walaupun dalam perang,mereka sangat berbesar hati bantuan yang diberikan & masih cuba memberikan layanan terbaik kepada tetamu.Mereka ditempatkan di hotel,walaupun ustaz & rombongan minta nak ke hospital.Tapi tidak dibenarkan kerana itulah sasaran utama Israel.Hotel tersebut menempatkan ramai wartawan,jadi Israel tak nak menjatuhkan imejnya dgn mengebom hotel yang penuh dgn wartawan!



Dia berterima kasih ke atas sokongan kita walaupun sekadar mengadakan demonstrasi atau tunjuk perasaan cam yang terpampang di dada akhbar.Cuma yang Ustaz ingatkan,derma2 yang diberi oleh orang ramai mungkin tak sampai ke tangan yang sepatutnya.Kerana Israel memerangi Hamas,tapi kutipan seluruh negara kita ke Fatah!Kata Ustaz,sekarang musim sejuk.Dia pi pun dah pakai 3~4 lapis pun terasa sejuk.Selalu dia nampak saudara2 Palestine kita,mengutip sampah2 dan membakarnya,dan berkumpul ramai2 untuk memanaskan badan.Dalam masa yang sama melintas sekali sekala helikopter Apache Israel nak cari mangsa!Teringat aku masa 2 hari sebelum keluar rumah kat Jepun masa belajar dulu,dan tidur tak ada heater masa musim sejuk.Berbekalkan hanya selimut sekeping,memang terasa beku!Aduhai saudara2 Palestine ku.



Apa yang kita boleh bantu?Bagi aku, boikot produk2 Israel adalah antara sokongan yang boleh aku tunjukkan.Selain itu,menulis dalam blog ni pun (walaupun aku tak rasa ramai yang singgah) salah satu cara aku nak menolong.kengkawan sekelian mari kita doakan saudara2 kita di Palestine sana!



P/s : Gambar tu menunjukkan mafla yang aku beli pada Ustaz.Ustaz bawa balik daripada Gaza.Tulisannya maksud lebih kurang, "Gaza milik kami mutlak"

Ahad, 1 Februari 2009

Menjejaki Bumi Temasik




Salam.


Tengok tajuk kat atas cam cerpen atau nak buat karya sejarah.


Sengaja jer,sebenarnya lebih kepada aku nak cerita aktiviti aku cuti CNY baru2 ini.


Dah lama aku tak berjalan2 atau melancong dengan kawan2 aku.Ya, aku bertuah kawan2 se'opis' suka juga berjalan2 ni.


Mulanya kami bercadang nak ke Bandung,tapi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan,kami tukar destinasi...Dekat sikit,Singapura..Tambah pulak,kalau pi Bandung ramai yang tak nak ikut.Bila ke Singapura ada 8 orang ok nak pi!....Antara tarikan utama ke sana,apa lagi 'shopping' barang branded.


Kalau selalu bergerak naik kereta atau kapal terbang,kali ini kami naik keretapi...Sebab ada antara kami yang tak pernah naik keretapi & merasa tempat tidurnya cemana.Untuk yang tak pernah mencuba,coach ini menyediakan 2 tingkat tempat tidur yang boleh memuatkan 40 orang.Tempat tidur bawah bagi aku lebih selesa dan besar,yang mana lebih mahal daripada tempat tidur atas.Cuma aku harap pihak KTM dapat memperbaiki kualiti koc & tandasnya yang 'harum semerbak' tu.
Esoknya kami sampai ke JB...Oleh kerana mungkin penat perjalanan masih ada,kami bercadang esok saja ke Singapura.Tambahan pulak hari itu hari raya Cina pertama...jadi mungkin banyak kedai yang tutup.Sempat juga ke salah satu pusat membeli belah di sini...Yang aku nampak,banyak betul 'gaijin' kat sini.Macam2 gaya,dan kebykannya cam dah selesa sangat sampai buat cam negara sendiri.
Perjalanan ke Singapura tak ambik masa lama,cuma kena turun naik untuk pemeriksaan imigresen yang agak leceh.Turun bas naik ke atas cop pasport & turun balik...Sesuatu yang baru.
Masuk ke Singapura pun sama juga.Sampai Singapura,imej negera bersih tak ada satu sampah pun yang ada dalam kepala aku...ada kawasan yang menepati imej,ada yang tidak.
Tandas di sini sama cam Jepun juga,tak ada hos!Bilangan surau dan masjid pun terhad.Sepanjang 2 hari ke sana kami solat di Masjid Sultan,Kampung Glam.Makanan di Kampung Glam pun banyak yang halal & sedap.Kepada peminat nasi beriani,silakan cuba.Rasanya korang takkan menyesal.Sebelum tu kami singgah sekejap di KFC (habis boikot sebulan kami),tapi percayalah...tak sesedap KFC di Malaysia.
Antara tempat2 yang kami lawati,Merlion,Esplanade, Pulau Sentosa,Orchard Road etc.Walaupun nampaknya 2 hari seperti tak cukup,tapi kaki sakit jugalah menapak.Tak apa,kalau umur panjang boleh lah kami datang lagi.


Sabtu, 17 Januari 2009

2009 ~ Hidup Baru


Salam.


Ini pertama kali aku kemaskini blog utk tahun 2009.

Tumpang dah boleh guna Celcom Broadband nih..

Ya, aku dah selamat pulang ke Malaysia.No more being a Gaijin!!

Sedang berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Bukannya aku tukar tempat kerja pun,masih di jabatan yang sama aku tinggalkan setahun yg lepas,cuma menggalas tanggungjawab yang lebih sikit...Bekerja di negara orang memberikan aku sedikit pengalaman & perspektif baru.Dalam proses berkongsi pengalaman sedikit demi sedikit dengan2 yang lain.Azam tahun ni,nak jadi pro-aktif, optimis & kerja lebih teratur!

Balik ke sini mengembalikan aku kepada aktiviti2 masa lapang yang aku suka tetapi terpaksa ditinggalkan.Contohnya lepak dengan kawan2 bila ada masa lapang,jalan2/melancong & bersukan.Dok kat Osaka bukan tak boleh buat,peluang terhad dan takder geng yg best...

Perubahan lain,masih dok di rumah yang sama tapi kali ni lepak dengan kucing aku plak..heheheh..Boleh tgk pose menarik dia kat sebelah tuh...


Rabu, 3 Disember 2008

Aku kembali

Salam.
Terima kasih kepada kawan2 yg prihatin tgk aku dah lama tak kemaskini blog.
Untuk pengetahuan korang,aku balik ke Malaysia pertengahan bulan Oktober hari tu sampailah 12 November.Kira2 dekat sebulan jugalah.
Kenapa?Ayah aku masuk hospital,dia ada kencing manis.2 kali pembedahan.Kali kedua baru aku sempat balik.Merasa juga aku tidur kat hospital,walaupun dulu2 aku siap tak lalu nak teguk air kalau duduk dalam wad masa arwah nenek aku dalam wad dulu.
Hospital Sultanah Bahiyah,kiranya hospital baru menggantikan Hospital Besar Alor Setar,tempat aku lahir dulu.Kemudahan yang ada boleh digantikan bagus,malah yang aku dengar kebanyakan pakar2 perubatan berkumpul di sini & banyak kes2 kritikal dirujuk di sini.
Bagi aku,walaupun kemudahan kelas pertama disediakan,layanan & sikap orang kita yang patut dulu diubah.Kenapa?Sepanjang aku duduk sini,ada pegawai2 perubatan (termasuk doktor,jururawat dan lain2;pakar atau pelatih) ada yang menjalankan kerja dengan tanggungjawab,jujur & bersungguh2.Ada sesetengahnya,wallahualam..sekali tengok macam,"janji aku kerja ikut syif yang ditetapkan".
Senyum jauh sekali..Tak semua,tapi kebanyakannya yang 'baru2 confirm' ni.Salah ke sambil berselisih,kita gerakkan sikit otot kat mulut tu untuk senyum?Mungkin diorg ni takut kalau senyum akan diambil kesempatan oleh waris atau pesakit,disuruh buat itu atau ini..Tapi bila ada doktor pakar datang melawat,Subhanallah..betsu jin mitai (macam orang lain)..elok jer..
Kalau panggil minta tolong tukar balutan luka,agak2 dalam sejam & ke atas baru sampai.Ada sekali tu,bila hari Jumaat,cuti kat sini,stok kain balutannya habis.Misi cakap kat aku,"jap lagi kalau adik nak tukar pampers,kain balutan kotor,adik letak kertas tisu ni ajer pon boleh.Stok kami dah habis,hari cuti jadi tak boleh nak pi ambik stok"..Aik,tak boleh ke pinjam drp wad lain dulu?Pakai tisu aje?Aku yang tak ada latihan perubatan yang kena buatkan?Baik kitorg tak datang hospital,dok rumah jer..Betul tak?
Banyak lagi yang aku nak tegur,tapi nanti ler aku senaraikan,masukkan dalam peti cadangan diorang kot..Apa yang penting patut diorang ingat..Kalau keluarga sendiri yang masuk,sanggup ke diorang tinggalkan keluarga dia tu bawah jagaan rakan2 sekerja dia ni??Tepuk dada tanya le diri sendiri....

Rabu, 1 Oktober 2008

Eid Mubarak



Hari ni hari Raya AidilFitri.

Terjaga awal betoi..boleh pulak mimpi kereta aku kena curi..Tah apa2 kan??

Lepas solat Subuh,aku pon jerang le ketupat segera & kuah kacang..Jadi le buat lapik perut sebelum pi masjid.Hak ah,aku cadang nak pi Solat Raya kat Masjid Kobe.Dengarnya cam ramai yg nak pi,baguslah..ramai juga yang ingat ke masjid..hehehe


Dah 2-3 hari hujan,nasib baik pagi nih mendung je.Kayuh basikal ke stesen,ramainya orang yang kelamkabut nak pi kerja.Oleh kerana 'Express Train' ke Umeda mak dato penuhnya (nampak berwap2 cermin tingkap),aku ambik 'Local Train' jer la..Lambat tapi takder la sampai terhimpit aku kat pintu..


Sampai Sannomiya (Kobe) dalam 8:15,aku terus menapak ke masjid..Masjid ni terletak di jalan berbukit sikit,termengah sikit..Kurang senaman le katakan.Berhenti kat lampu isyarat,ada satu keluarga Timur Tengah yang nak menuju ke situ..

Wah,memang ramai orang pelbagai negara yang datang,naik ke tingkat 2 Islamic Center yang berkembar dengan masjid,dah ramai ibu2 & anak2 yg sampai.Dah takbir,ramai2 le kami solat Raya.Lepas tu bersalaman dan ucap 'Eid Mubarak' (maksud aku tak pasti,tapi ala2 Selamat hari Raya juga ler)..Yang budak2 dapat gula2.

Keluar jer daripada masjid penuh orang yang bersalaman2,bersembang.Aku terus pi beli kebab & singgah kedai barang halal,nak bawa balik..Sambil lalu nak balik,nampak pulak kedai Pakistan buat buffet nan & nasi beriani 1500 yen/orang..Apa lagi,jadi juadah raya aku ler..heheheh...

Tu gambo kat atas tu nasi beriani yang aku dah makan & juadah raya yang syarikat aku kirim untuk pekerja2 di rantauan..heheheh..cheriooo..

Ahad, 28 September 2008

Ifthar di Kobe




Minggu lepas aku tunaikan hajat kawan2 yg nak melawat Kobe & Masjid Kobe.
Ya, Kobe terkenal antaranya kerana Gempa bumi Hanshin Awaji sekitar 1995.Alhamdulillah,masjid tersebut masih tegap berdiri walaupun selepas perang tahun 1945 (ada keretan akhbar yang menunjukkan sekeliling padang jarak padang terkukur) dan gempa tahun 1995.

Kobe bandar pelabuhan,jadi budaya luar banyak yang sampai di sini dahulu.Di sini banyak terdapat kedai2 feseyen,makanan luar dan juga bangunan2 yang bercirikan budaya daripada luar.

Dah berpuas berjalan,kami sampai ke Masjid Kobe untuk solat Asar.Oleh kerana waktu Maghrib pun bakal tiba kurang daripada sejam,kami mengambil keputusan untuk tunggu sahaja sehingga selesai solat Maghrib di sini.Selepas solat Asar aku keluar kejap nak menjenguk kalau2 restoran Pakistan yang tak jauh daripada Masjid tu buka.Boleh juga makan malam di situ sebelum balik,hajatnya.

Tengah sibuk2 aku nak sarung sandal,terdengar laungan daripada dalam dapur masjid,"Sister, please wait after Ifthar"(Tunggulah sehingga selepas berbuka).Ada brader Pakistan tengah pegang senduk pandang aku.Diorang tengah masak untuk berbuka rupanya.Lepas aku jawab aku nak keluar beli barang & datang balik,dia puas hati dan sambung balik aktiviti di dapur masjid.

Sempat juga satu mamat Mat Salleh tegur aku tanya dari mana.Lebih kurang ini ler perbualan kami..
Mat Salleh : Salam.Where are you from?

Aku : Salam.I'm from Malaysia.

Mat Salleh :Ohh Malaysia.Which state?

Aku : Kedah.

Mat Salleh:Really.So it is Pas then..

Aku :(Blurrr) Sorry?

Mat Salleh :PAS win the election,right?So you are from PAS state.How is Anuar?

Aku :Wow, you know so much.I kind of lost when it comes to politics..(sengih je)..Are you working here

Mat Salleh :Yep,I am Yahya by the way.From Australia..

Aku :Nice to meet you..

Tak sangka pulak jumpa Aussie Muslim kat sini.Nama Yahya pulak tu,ingatkan nama ala2 Mat Salleh ler tak?

Kat sini Zakat Fitrah 1500 yen/seorang,lebih kurang RM48.00.Cara bayarnya pun lain sikit daripda Malaysia.Imam hulur je sampul kat aku,maka aku niat dan masukkan bayaran.Dia tak tengok pun berapa aku bayar.

Kat atas sementara menanti waktu berbuka,ramai muslimah pelbagai bangsa berkumpul.Sebelum tu ada kelas agama yang mana ada Jepun yang hadir.Baguslah,bertambah sikit umat.Sambil tolong2 angkat juadah sperti buah2,kurma & sedikit cucur,kami menunggu waktu berbuka ramai2.Ada yang bawa jus dan air botol.Aiseh,menyesal tak beli apa2 tadi.Kalau tidak dapat juga peluang menjamu orang berbuka..Aku fikir,ini barulah betul menjamu orang berbuka,bukan menjamu orang makan malam (sebab orang dah berbuka & solat di rumah dulu)atau moreh.



Lepas solat Maghrib jemaah ada juadah lain pulak rupanya.Ada nasi beriani & nan.Lain sikit sebab diorang letak kentang dalam nasi beriani tuh..Sedap,alhamdulillah.Satu lagi,korang nak tahu..Budaya bersalam bila jumpa orang ni rupanya,orang Nusantara (?) je yang buat..Kenapa aku cakap camtu?Sebab bila jumpa orang,kebanyakan orang negara lain bagi salam je,tapi orang Malaysia & Indonesia lepas bagi salam akan hulur tangan bersalam.Hmm..ni sekadar pemerhaian aku je,tak pasti ler betul ke tak...



Selamat Berpuasa..

Khamis, 18 September 2008

Tagged by SyudZ & Mai...

1. Were you named after anyone?I don't think so...

2. When was the last time you cried?Last 2 month...working here was stressful!

3. Do you like your handwriting?mmmm.......

4. What is your favorite lunch meat?lunch meat??chicken?

5. Do you have kids?No, maybe in future, Insya-Allah

6. If you were another person would you be friends with you?Yeah..I am a loyal & caring friend (angkat bakul)

7. Do you use sarcasm a lot?nope...

8. Do you still have your tonsils?maybe....

9. Would you bungee jump?I dare not..

10. What is your favorite cereal?kellogs frosties...keep it simple..

11. Do you untie your shoes when you take them off?nope

12. Do you think you are strong?gaman tsuyoi..does it count?

13. What is your favorite ice cream? Green tea

14. What is the first thing you notice about people?

15. Red or pink?red...

16. What is the least favorite thing you like about yourself?weak at word for confrontation...

17. Who do you miss the most?my parents..

18. Do you want everyone to send this back to you?diffferent tag but lesser to answer..heheh

19. What color pants and shoes are you wearing?blue jeans & maroon shoes..

20. What was the last thing you ate?Onigiri 2 ketoi

21. What are you listening to right now?news on KTV while typing this tag..

22. If you were a crayon, what color would you be?hmm maroon...

23. Favorite smells?Rose perfume

24. Who was the last person you talked to on the phone?My mom

25. Do you like the person who sent this to you?yeahh...she's a nice person..

26. Favorite sports to watch?football or handball...but very rare to watch handball live match in TV

27. Hair color?being Asian.......you know lah..aiyoo

28.Eye color?Let me go & check...brown..

29. Do you wear contacts ?Nope alhamdulillah...

30. Favorite food?Nasi tomato..it's a must when going to Pasar Malam/Ramadan.

31. Scary movies or happy endings?Happy endings...hate scary movies eversince I remember.

32. Last movie you watched?What happens in Vegas (dalam MH 052)

33. What color shirt are you wearing?sleeveless grey

34. Summer or winter?Winter

35. Hugs or kisses?Hugs....

36. Favorite dessert?My mom's bengkang roti..

37. Most likely to respond?when my name being called...

38.Least likely to respond?to a rude person...

39 What book are you reading now?The Toyota Way..sounds boring eee...

40. What is on your mouse pad?SPIDER-MAN..heheh,little bit childish..but it's free..

41. What did you watch on t.v. last night?Friends..then drift offf ZZZZ

42. Favorite sound?Meow, meow..agree with syudz

43. Rolling stones or beatles?Beatles

44. What is the furthest you have been from home?Japan

45. Do you have a special talent?is good listener a talent?

46. Where were you born?HBAS

47. Whose answers are you looking forward to getting back?Pocket,Kak Yan,Rina,Ounis,Mizot & Mai..hahahah...minna yoroshiku...

Ahad, 7 September 2008

Ramadan datang lagi..


Alhamdulillah,aku dapat lagi bertemu Ramadan tahun ini.

Mulanya aku fikir tahun ini tak dapat langsung berpuasa dengan mak ayah.

Tapi Yang Maha Esa dah tentukan,dapat juga aku balik 30 Aug ~ 3 Sep hari tu.

Merasa juga bersahur dengan keluarga,pergi pasar Ramadan,dengar azan & selawat drp Masjid,berterawikh dengan mak...

Ohh ya,ni gambar New Kids in da House aku...heheh..namanya,yang aku rasa kreatif pulak mak aku ni..'Pok Pok Serendah'..Pok kerana badan bertompok..Serendah sebab dia renek,rendah je,tak ada kaitan lahir kat Serendah pon..hehehe..


Malam 3 Sep,tanpa sempat berbuka di rumah sbb kapal terbang pukul 9 drp Alor Setar.Alhamdulillah dan terima kasih mak..bekalkan aku dengan nasi..Terharu aku tengok 'ai kometeru bento'..nasi putih,sambal ikan & peria goreng tu..Rasa sayang nak makan,rasa nak bawa balik Jepun...Tapi perut lapo..kang sampai jepun basi pulak.Membazir pulak kan..

Sampai di KLIA,pusing2 sekejap sempat pulak bertembung pulak dengan Tengku Mahkota Pahang,masuk ke kedai buku tingkat 5 tu.Bila nak turun eskalator ke Imigresen,tetiba ada awek2 menjerit,'Akak!!!'..sambil aku dengar bunyi benda jatuh belakang aku.Rupanya ada beg yg tgh menggelongsor ke arah aku.Nasib baik aku sempat sampai bawah dan mengelak.Kalau tak,mungkin malam tu tak balik Kansai.
Apa pun aku nak cerita pengalaman aku bersahur 20,000 kaki di atas...Oleh kerana aku tak pernah terfikir MAS akan buat persiapan untuk sahur,maka aku pun beli burger McD 2 biji..Satu untuk sahur,satu untuk berbuka nanti....Bukan apa,kalau korang nak tahu,bila aku balik selalunya penerbangan MAS KUL-KIX,KIX-KUL banyaknya Jepun yang naik sebab kongsi dengan ANA.Jadi,takkan kerana aku sorang dia nak hidangkan makanan pukul 3 pagi (perkiraan aku waktu sahur ikut Osaka)..Selalunya sarapan pagi dalam pukul 5 pagi..Tambahan pulak aku pandang sekeliling pramugari2 bertugas semuanya non-muslim,sempat nampak seorang je pramugara Melayu berdasarkan tandanama..
Tengah aku layan filem,tetiba ada seorang pramugara datang tanya,'Cik puasa ke esok?'Aku pun angguk dan tanya Imsak pukul berapa..'Nanti kapten umumkan Imsak pukul berapa,dan saya akan bawa makanan...Omlette atau Nasi Lemak?''Nasi lemak' aku jawab..
Tunggu punya tunggu dah pukul 4 pagi,mana makanan sahur & pengumuman Imsak nya?Dalam 4:15,pramugari datang hantar makanan aku.Aku buka tingkap gelap lagi..Tawakkal lah sahur..Tengok pramugara kat stesen dia pun tengah dok mengunyah lagi..Lepas 20 minit aku pun pi gosok gigi & berwuduk..Kat luar tengok gelap lagi..
Dalam pukul 5,diorang dah mula nak hidang sarapan untuk orang lain.Pramugara yang bertanya aku malam tadi lalu,aku pun tanya Imsak sebenarnya pukul berapa..'A ah,dah Imsak..'
Aikk????Jawab pun cam nak tak nak jer...Takperlah..Aku pun solat Subuh...Dalam hati berdoa harap2 waktu aku makan tadi masih belum Subuh..

Ahad, 17 Ogos 2008

Kedai Kopi Kucing???(Neko Kissa)


Tengah lepak2 lepas berbuka tadi...Ada satu benda menarik perhatian aku.

Neko Kissa???Kisahnya ada satu program yg jemput ahli sukan,hari ni diorg jemput Ahli Sukan Sumo.Ada antara diorg ni yg memang suka kucing..(hmm suka lelaki yg suka kucing)..

Jadi keluar le cerita pasal Neko Kissa (Neko = kucing;Kissa=Kafe/Kedai kopi).

Apa Neko Kissa ni?Konsepnya adalah pelanggan akan dikenakan bayaran tertentu sejam,disediakan minuman ringan & snek serta dapat bermain2 dengan kucing2 yang ada di situ.

Tentu korang hairankan,kedai macam ni pun ada ke??Kat Jepun ni kebanyakan 'apartment'/kondo tidak dibenarkan memelihara haiwan di dalamnya.Berbanding di Malaysia yang kucing boleh jumpa kat mana2 aje,aku dapati kucing memang payah nak jumpa.Bukan itu saja,suara kucing bergaduh pun jarang2 dengar!

Jadi untuk penggemar2 kucing macam aku ni kat sini,Kafe Kucing adalah antara cara boleh 'menumpang kasih' dengan kucing2 dengan cara berbayar.Teringin gak nak pi yang terdekat kat Osaka ni.

Terbayang gak aku,macam mana agaknya kalau ada orang buka bisnes cam ni kat Malaysia..Kucing tak kisah,kat mana2 aje boleh ambik,janji bukan kucing orang hehehehe...


p/s:gambar kat atas tu sekadar hiasan je....tu gambar kucing2 aku tengah berehat sambil berkipas...kucing sekarang..